Ibu Positif Covid-19 Tak Dapat Tengok Baby Kembar Lepas Terpaksa Czer Awal

Melahirkan anak seorang diri, tanpa ditemani suami di sisi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, pasti memberi pengalaman berbeza buat ibu-ibu yang melahirkan cahaya mata mereka apalagi jika wanita hamil itu sendiri disahkan positif Covid-19.

Risau terlalu berisiko untuk diselamatkan, biasanya anak dalam kandungan terpaksa dikeluarkan melalui pembedahan. Sekiranya tidak dapat jumpa bayi kerana jaundice pun sudah menguji kesabaran hati si ibu, inikan pula terpisah lama gara-gara menjalani kuarantin wajib.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Masmira syamira (@syamiraazhar)

Walaupun sudah lengkap divaksin, Syamira Azhar dikejarkan ke pusat perubatan ekoran alami contraction selain disahkan positif Covid-19.

2 hari selepas itu, pihak hospital terpaksa menegluarkan bayi  itu walaupun cuma berusia 34 minggu. Mujurlah kedua-dua anak kembar termasuk dirinya menunjukkan perkembangan sihat.

Namun begitu, kini sudah hari kelima wanita berkenaan tidak dapat jumpa dengan bayi kembarnya gara-gara terpaksa dikuarantin. Susulan itu, Syamira Azhar juga terpaksa berpantang seorang diri tanpa anak dan suami di sisi.

Menyentuh mengenai pengalaman ketika hamil dan melahirkan bayi dalam musim pandemik, ia merupakan satu momen yang sukar dilalui, dilupakan dan amat berharga.

@syamiraazharr

🥲 hopefully mommy cepat2 dapat jumpa baby amin 🥲❤️

♬ Seribu Kemanisan – Siti Nurhaliza

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pengorbanan ibu muda tersebut dalam menempuh dugaan yang cukup besar.

Di samping mendoakan kesihatan 3 beranak tersebut, mereka turut berkongsi pengalaman bersalin masing-masing tatkala diuji hidap Covid-19 juga.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : IG & TikTok syamiraazharr

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.