“Perut Kecik Ke Besar Pun Orang Pertikai…” Ibu Hamil 5 Bulan Menyampah Kena ‘Body shaming’ Semasa Mengandung

Ramai yang beranggapan tidak salah untuk beri komen tentang tubuh fizikal wanita. Badan besar salah, badan kecil salah. Tidak mengandung salah, mengandung lambat salah malah, mengandung tapi perut kecil juga dipertikaikan. Susahnya jadi seorang wanita yang terpaksa mendengar suara-suara bingit ini.

Tular di akaun TikTok dikenali sebagai Nira Adira, wanita ini akui saiz perutnya sering dikritik gara-gara masih nampak kecil walaupun usia kehamilan sudah mencecah 5 bulan. Tak cukup dengan itu, dia juga serin diselar ayat body shaming kononnya terlalu slim.

@niraadira

Penat nak hadap body shaming time mengandung 😭 yg suka body shaming ni semua org berisi/chubby..🥺 #fyp #bodyshaming #needloveandsupport

♬ колыбельная – Rauf & Faik

Meskipun begitu, Nira Adira memilih untuk bersikap tidak ambil peduli terhadap semua teguran negatif berkenaan. Sama ada mengandung ataupun tidak, ujarnya memang akan ada individu yang sentiasa tak puas hati dengan orang lain. Sebaliknya, cukuplah ibu hamil ini sendiri tahu bahawa kandungannya membesar dengan sihat.

 

Nira Adira malah akui ayat sedemikian rata-ratanya keluar daripada mulut golongan perempuan daripada lelaki. Sehubungan itu, netizen memberikan sokongan untuknya dan turut berkongsi pengalaman masing-masing apabila dipertikai saiz perut kecil ketika mengandung.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok niraadira

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *