Capai Kata Sepakat, Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Tak Setuju Vaksin Anak-Anak Bawah 12 Tahun

Pelakon Datuk Fizz Fairuz bersama isteri, Datin Almy Nadia mencapai kata sepakat untuk tidak bersetuju berkenaan keputusan kerajaan untuk mendapatkan vaksin jenis Pfizer-BioNTech kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Fizz menerusi kenyataannya berpendapat bahawa belum tiba masa yang sesuai untuk memberikan vaksin kepada kanak-kanak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dfizzfairuz 🇲🇾 (@fizzfairuzofficial)

Bimbang akan kesan sampingan vaksin kepada kanak-kanak, Fizz berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula keputusan tersebut.

Perkara tersebut dimuat naik Fizz menerusi sebuah hantaran Instagram untuk perkongsian bersama peminat di media sosial.

Manakala bagi Datin Almy Nadia, dia tidak mahu anak-anaknya dijadikan bahan uji kaji untuk suntikan tersebut.

Maklumnya lagi, dia berasa risau daya ketahanan kanak-kanak yang mungkin tidak mampu menampung kesan selepas disuntik vaksin.

“Jangan ikut sedap perut saja nak buat anak-anak kecil ni bahan uji kaji. Maaf, saya sangat emosi bab ni.” tulis Almy di ruangan komen hantaran suaminya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Beautifulnara

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *