Ai Wahida bakal berumah tangga- “Saya nak fokus jadi suri rumah sepenuh masa”

SELEPAS setahun menyimpan rahsia tentang kisah percintaan, penyanyi Ai Wahida akhirnya bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Muhammad Syafiq pada Isnin.

Berkongsi tentang perancangan hari bahagianya itu, Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan, 23, berkata, jejaka berkenaan dikenalinya menerusi aplikasi TikTok sejak setahun yang lalu.

“Alhamdulillah seperti yang dirancang, saya akan bernikah dengan Syafiq pada esok, 1 November.

“Wawa kenal dengan bakal suami ni di TikTok tahun lepas. Selepas kira-kira dua bulan berkenalan kami terus buat keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Sebenarnya kami sudah bertunang pada 10 Oktober tahun lepas,” katanya kepada mStar.

Ai wahida1

Ai Wahida bakal mendirikan berumah tangga esok.

Ujar Wahida atau mesra disapa Wawa, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Pejabat Agama Johor Bahru, Johor pada pukul 9 pagi, Isnin.

Majlis ringkas itu nanti hanya akan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Sekarang ni tengah sibuk sikit buat persediaan nak masak dan sediakan juadah untuk esok.

“Jemputan tak ramai pun, hanya keluarga kedua-dua pihak serta kenalan rapat, buat close event sahaja.

“Kita tak mahu buat besar-besaran cukup hanya buat yang wajib iaitu akad sahaja,” katanya.

“Dia sangat supportive dengan apa je yang Wawa buat sebab saya dalam proses nak berhijrah, nak ubah penampilan.”-AI WAHIDA

Mengenali sifat peribadi pasangannya Muhammad Syafiq, 26, Wahida berkata dia seorang yang cukup memahami dan sentiasa menyokong apa jua yang dilakukannya.

“Dia sangat supportive dengan apa je yang Wawa buat sebab saya dalam proses nak berhijrah, nak ubah penampilan.

“Kalau ada orang kecam dia yang selalu support. Dia terima baik buruk Wawa ni walaupun saya ni baru nak mendalami agama,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ai Wahida (@aiwahida)

Dalam pada itu, Wahida juga memaklumkan dia akan mengundurkan diri daripada dunia hiburan dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa.

Tambahnya, kontraknya bersama syarikat rakaman Rusa Music juga sudah berakhir dan ingin fokus kepada kehidupan berumah tangga.

“Saya nak maklumkan mungkin lepas ni saya tidak akan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.

“Nampaknya macam tu la… sebab saya nak fokus dengan rumah tangga yang bakal dibina.

“Saya mempersiapkan diri untuk menjadi suri rumah sepenuh masa,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *