“Sumpah Biadap!” Penghuni Flat Buang Sisa Mee Segera Dari Tingkat Atas Jatuh Atas Kereta Baru Dicuci

Sering kali kita mendengar mengenai sikap buruk penghuni rumah flat yang terlalu malas untuk turun ke bawah, sebaliknya mereka ‘selamba’ buang bermacam jenis sampah dari tingkat atas.

Itulah krjadian malang yang turut menimpa seorang wanita di sebuah kediaman flat di Kepong ini. Menerusi satu rakaman yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya, Nina meluahkan rasa tidak puas hati dan terkejut apabila ke kereta miliknya di ruang parkir flat tersebut.

Kereta Baru Dicuci, Wanita Bengang Penghuni Flat ‘Biadap’ Buang Sisa Mee Segera

Bukan sampah biasa-biasa, sebaliknya agak menjijikkan. Bahagian cermin dan bonet hadapan keretanya dijumpai penuh dengan sisa mee segera dipercayai dibuang dari penghuni tingkat atas. Paling menyakitkan hati, Nina akui baru sahaja mencuci kenderaannya itu sebelum ditemukan sedemikian. Secara keseluruhan, klip video tersebut telah meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan setakat ini.

Memang Aku Tak Boleh Terima…Dasar Takde Otak!

@nina_kechiik

memang ak tak dapat terima !!!! Dasar tak ada otak !!

♬ bunyi asal – Nina_kechiik🌹

Orang Bodoh Mana Yang Baling?

Mee okay lagi kak… orang pernah baling botol kicap,pecah cermin kereta saya…

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyelar tabiat penghuni yang tergamak buang sisa makanan sehingga mengotorkan kenderaan orang lain. Dalam pada itu, mereka turut berkongsi pengalaman duka masing-masing ketika duduk di flat juga.

Kereta Baru Dicuci, Wanita Bengang Penghuni Flat ‘Biadap’ Buang Sisa Mee Segera

Kereta Baru Dicuci, Wanita Bengang Penghuni Flat ‘Biadap’ Buang Sisa Mee Segera

Kereta Baru Dicuci, Wanita Bengang Penghuni Flat ‘Biadap’ Buang Sisa Mee Segera

Kereta Baru Dicuci, Wanita Bengang Penghuni Flat ‘Biadap’ Buang Sisa Mee Segera

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok nina_kechiik

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *