The Burari Deaths: Misteri Kematian 11 Sekeluarga Mati Tergantung

THE BURARI DEATHS : KES KEMATIAN MISTERI 11 SEKELUARGA DALAM SATU RUMAH

Antara kes bunuh paling misteri pernah berlaku.

11 sekeluarga ditemui mati dalam sebuah rumah.

10 orang daripadanya mati tergantung.

Kisahnya diceritakan di Netflix dalam ‘House of Secrets: The Burari Deaths’.

Pada yang lemah semangat, dinasihatkan supaya jangan tengok….

Hanya nenek yang ditemui mati terbaring di tepi katil.

Yang lain mati tergantung dengan tangan diikat kebelakang.

Anjing milik keluarga ini satu-satunya saksi. Ketika kejadian berlaku, anjing pun telah diikat.

Ini kisah benar yang penuh menyayat hati dalam The Burari Deaths (awas – spoiler!)

Cukup mengerikan dan tidak terlintas di akal bagaimana 11 sekeluarga ditemui mati tanpa sebarang bukti kekejaman dari penjenayah luar.

Terdapat segunung misteri yang bakal terungkai daripada tragedi yang menimpa keluarga Bhatia.

Sinopsis The Burari Deaths Di Netflix

Kes gantung diri beramai-ramai ini cukup menggemparkan Burari,Delhi sekitar tahun 2018.

Menerusi dokumentari sepanjang 3 episod keluaran Netflix yang bertajuk House of Secrets : The Burari Deaths, penonton bakal disajikan dengan perincian kes jenayah yang luarbiasa dan menjangkaui akal fikiran.

Pada pagi 1 Julai 2018, jiran keluarga Bhatia mula hairan apabila kedai milik keluarga ini lambat dibuka. Atas rasa ingin tahu, jirannya pun pergi ke rumah keluarga Bhatia bagi melihatkan keadaan mereka.

Jirannya bagai terpaku melihat 11 jasad tergantung dari jaring besi siling.

Menjelang tengah hari, berita ini telah menjadi sensasi di seluruh pelusuk India.

Pelbagai spekulasi dan teori telah berlegar-legar dan ia sangat mengancam reputasi polis perisikan Delhi.

Perkara ini mula menekan pegawai polis Delhi apabila kes sudah dikategorikan sebagai berprofil tinggi.

Dalam kekecohan yang berlaku, penyiasatan mula menemui petunjuk apabila polis menemui diari di rumah keluarga Bhatia.

Bermula dari situ, misteri kejadian tragik di rumah tersebut mula terungkai satu persatu.

Daripada diari tersebut, barulah polis tahu bahawa tragedi ini bukanlah kes pembunuhan atau bunuh diri tetapi ia merupakan kes pembunuhan tanpa sengaja yang berpunca daripada fahaman kalut serta penyakit mental yang kronik.

Siapa Sebenarnya Pembunuh Mereka?

Ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya dalang di sebalik kematian ini. Tetapi yang paling penting – orang nak tahu KENAPA?

Kenapa mereka semua dibunuh? Atau membunuh diri?

Yang tambah pelik, family ni semua happy, baik. Tak ada masalah dengan sesiapa atau jiran. Semua berjaya. Ada yang dah PHD, ada yang buka kedai. Tapi, macam mana dalam satu malam, semua mati serentak, tergantung?

7 orang perempuan dan 4 orang lelaki. Satu warga emas, dan 3 orang yang masih muda belia. Jiran dan saudara-mara semua terkejut, sebab diorang ni baik, kuat agama, tak ada musuh, selalu tolong jiran. Macam mustahil sangat!

Penemuan Diari

Akhirnya, dengan satu penemuan pelik, yang polis jumpa iaitu DIARI – ada 11 diari, milik setiap org di rumah tu.

Dan dalam setiap diari, menyelesaikan masalah polis dan penyiasat, tentang apa sebenar terjadi.

Semua ini dikaitkan dengan penemuan demi penemuan oleh pihak polis yang akhirnya mengaitkannya dengan Lalit.

Dan apa yang mereka jumpa, first entry yang ditulis pada 2007, setahun selepas kematian bapa mereka.

Siapa Lalit ni? Lalit bukanlah anak sulung dalam keluarga – namun dialah yang mengatur hampir kesemua perkara di rumah Bhatia.

Dia dikatakan pernah mengalami kecederaan di bahagian kepala serta pernah lalui pelbagai peristiwa hitam dalam hidupnya.

Atas pelbagai trauma yang menimpa dirinya, Lalit tidak berupaya bercakap selama bertahun-tahun.

Orang sekeliling mula dia tak akan bercakap semula. Tapi pada suatu hari, dia mula beritahu ahli  keluarganya yang dia berjumpa ayahnya dalam mimpi.

Lalit berkata dia berjaya mendapatkan semula suara apabila dia dengar arahan ayahnya dalam mimpi yang menyuruh Lalit untuk berdoa pada waktu tertentu.

Ahli keluarga Lalit percaya tentang keajaiban dari mimpi tersebut dan bermula dari situlah keluarga ini mula terpengaruh dengan kata-kata Lalit.

Bila Lalit bercakap, suara yang keluar menyerupai ayahnya. Setiap apa yang dikatakan Lalit dianggap sebagai petunjuk bagi keluarga tersebut.

Kebetulan pula setiap ‘mesej’ yang disampaikan dari Lalit membuahkan hasil. Perniagaan mereka berjaya, anak-anak dapat pendidikan dan kerja yang baik.

Dalam pada itu, ‘suara’ itu juga selalu pesan pada keluarga untuk tidak buat Lalit naik angin. Keluarga ini begitu taksub pada ‘suara’ ini sehingga ia mampu mengawal kelakuan seluruh ahli keluarga dalam kehidupan seharian mereka.

Setiap kali roh atok singgah dalam Lalit, keluarga ini akan catat kata-kata Lalit dalam diari.

Tanpa disedari jiran tetangga, keadaan ini telah berlarutan selama 11 tahun! Mereka juga tidak pernah ceritakan pada orang luar tentang hal ini.

Antara perkara yang menjadi pencetus pada pengakhiran tragis keluarga ini adalah apabila Priyanka, anak saudara Lalit bertunang. Lalit dikatakan mula rasa susah hati dan banyak tidur selepas mendapat khabar tersebut.

Penyiasat berspekulasi yang Lalit mula risau jika dia hilang kuasa atas keluarganya sendiri.

Ritual Terakhir

CBI (Central Bureau of Investigation) sahkan melalui ‘psychological autopsy’, ini bukanlah kes membunuh diri tetapi kematian ketika jalankan ritual.

Tiada seorang mangsa yang sangka mereka akan mati pada hari kejadian.

Melihat keadaan di dapur rumah, sarapan pagi telah tersedia.

Lalit meyakinkan seluruh keluarga untuk jalani upacara terakhir.

Dia beritahu keluarganya untuk gantung diri sendiri dalam tertib tertentu atas permintaan mendiang ayahnya.

Kedudukan mangsa yang tergantung ketika ritual, dikaitkan dengan pokok banyan. Diikat dan berjuntai ke bawah.

Dan beginilah keadaan sebenar yang ditemui oleh pihak polis ketika menjumpai mereka dalam keadaan tergantung.

Arahan ritual yang ditulis dalam diari ‘keep water in a cup. When it will change colour, you will be saved’. Malangnya, semuanya tidak menjadi. Tiada yang terselamat.

Lalit beritahu mereka untuk tidak melawan dalam proses itu kerana mereka akan diselamatkan oleh mendiang ayahnya sebaik sahaja mereka menjerut leher.

Diari yang ditemui turut mencatatkan pelbagai upacara dan unsur mistik yang telah menjadi sebahagian daripada hidup keluarga ini sejak Lalit kembali bersuara.

 

Kredit Foto : netflix.com

Pakar Patologi forensik juga mengesahkan kesemua mangsa mati kerana digantung (asphyxia).

Rupa-rupanya ahli keluarga sendiri jadi mastermind. Dia yang terakhir mati!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : siraplimau

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.