“Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum!” – Ryzal ‘sound’ orang Kecam Isterinya Tak Pantang Cara Melayu

Pada 20 Oktober lepas, personaliti media sosial, Maryam ‘Duriankimchi’ telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Rina di sebuah hospital swasta dekat ibu kota.

Perkara tersebut juga telah dimaklumkan oleh suaminya, Ryzal Ibrahim menerusi satu posting di Instagram buat tatapan umum.

Wah tahniah Ryzal dan Maryam! Comel baby korang! 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Kongsi video sebagai ibu bapa, tiba-tiba Maryam dikecam? 

Siapa yang tak excited dan gembira selepas mendapat ‘title’ sebagai ibu bapa kan? Detik-detik menjadi ibu dan bapa kepada baby Rina ini telah dikongsikan oleh Ryzal dalam video di Facebook yang sangat mencuit hati.

Dalam video tersebut, ia memaparkan Maryam dan Ryzal berusaha untuk menidurkan bayi mereka dalam keadaan senyap dan Maryam juga sempat mengadu bahawa Ryzal sudah kurang melayannya kerana penat menjaga bayi siang dan malam.

Video yang memaparkan kemesraan pasangan ini yang gembira kerana baru mendapat bayi walau bagaimanapun telah menerima beberapa komen pedas netizen yang menegur cara Maryam berpantang selepas melahirkan.

Menurut netizen, Maryam langsung tidak dilihat seperti wanita sedang berpantang kerana berjalan laju, tidak berhati-hati ketika duduk dan tidak memakai pakaian secukupnya untuk melindungi badan daripada ‘masuk angin’. 

 

“Janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya”

Disebabkan menerima pelbagai komen yang bukan-bukan mengenai Maryam, Ryzal akhirnya memuat naik satu posting di Facebook menegur netizen untuk tidak mempertikaikan lagi cara Maryam berpantang.

Menurutnya, isterinya hanya masuk Islam dan bukannya tukar bangsa kepada Melayu serta orang Korea juga seperti bangsa-bangsa lain ada cara tersendiri dalam berpantang selepas melahirkan bayi.

“Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady dari @natalismothercare yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia,” tegasnya.

 

“Silap-silap pantang budaya korean lagi elok dari Malaysian” 

Posting yang dimuat naik Ryzal itu mendapat komen positif netizen yang menyokongnya dan meminta mereka yang mereka mengkritik Maryam untuk menghormati wanita itu yang berasal dari Korea.

Malah ramai juga yang meminta Ryzal untuk mengabaikan kata-kata nista netizen dan teruskan dengan apa yang mereka lakukan sekarang.

Apa-apapun tahniah Ryzal dan Maryam atas kelahiran cahaya mata. Jangan stress-stress tau masa pantang ni. Yang penting jaga kesihatan dan baby baik-baik saja. 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : 

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *