“Kami perlu buat sesuatu…” Anak Kena Sawan, Bapa Terpaksa Pasang Buai ‘Manual’ Dalam Kereta

RAGAM anak kecil yang kuat menangis sememangnya menjadi dugaan buat pasangan yang baru berkahwin.

Samalah juga dengan senario dialami sebuah keluarga yang curi perhatian ramai di TikTok ini. Berdasarkan klip video tersebut, si bapa dilihat sanggup memegang tongkat demi menyangkut buai anak secara ‘manual’ ketika berada di dalam kereta. Walaupun agak pelik, tetapi ia bertujuan untuk tidurkan bayi dalam keadaan selesa.

Video di aplikasi TikTok yang meraih lebih 600,000 tontonan itu menunjukkan si bapa di tempat duduk penumpang belakang mengayunkan buaian menggunakan sebelah tangan.

 

@bellazzim9697

bila mana anak mmg tak boleh pisah dengan buai… kena lah ayah jadikan tongkat untuk sangkut buai😂

♬ original sound – Bellaazzim

Si ibu, Nurul Nabilah Norizan berkata, video tersebut sebenarnya merupakan rakaman pada 2019 dan baru dikongsi semula di aplikasi TikTok sehingga menjadi tular.

Ketika itu, kereta dibawa oleh bapa mentuanya dalam perjalanan balik ke Selangor. Jelasnya, anak mereka sudah tidur sambil didodoikan dengan buai ketika berhenti di sebuah R&R. Namun tidak lama selepas itu, dia terjaga semula ketika kenderaan sedang melalui highway.

Wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, dia dan suami bersama ibu bapa mentua dalam perjalanan dari Kuala Nerang di Padang Terap, Kedah ke rumahnya di Semenyih, Selangor melalui Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

 

buai dalam kereta 2

Bella (belakang, kiri) dan suami (belakang, kanan) bersama ibu bapa mentuanya dalam perjalanan dari Kedah ke Selangor.

Lebih mesra disapa Bella, katanya, mereka sebelum itu berhenti di salah satu hentian untuk menunaikan solat dan mendodoikan anak menggunakan buaian di sebuah pondok rehat.

 

“Anak kena sawan tangis sepanjang perjalanan, takkan kami tak lakukan sesuatu? Kami dah cuba macam-macam cara tapi masih tak berjalan. Jadi, buaian adalah jalan terbaik”- NURUL NABILAH NORIZAN

 

 

buai dalam kereta 5

Sempat menidurkan anak di sebuah pondok rehat dekat hentian di lebuh raya.

buai dalam kereta 3

Anak perempuan Bella kini berusia dua tahun.

buai dalam kereta 4

Bella (duduk) bersama suami dan anak.

Bella berkata, suami dan bapa mentuanya mengalami lenguh di sebelah tangan gara-gara memegang kotak berkenaan dengan sebelah tangan terlalu lama.

“Sejak sebelum kahwin suami selalu bersenam di gim sehinggalah terbabit dengan kemalangan. Jadi masa ayunkan buaian anak tu ibarat bersenam dalam gim bergerak.

“Esoknya kami terus beli tiang beroda untuk mudahkan pemasangan buaian. Anak tidur dalam buaian sampai usianya enam bulan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.