[VIDEO] ‘Comelnya Baby Bump Dia!’ – Baby Bump Intan Ladyana dah Terserlah

Sebelum ini, desas-desus mengenai kehamilan pelakon jelita Intan Ladyana menjadi perbualan hangat netizen selepas dia dilihat menutup bahagian perutnya dengan bantal di dalam sebuah video.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali sebagai Adekkwann di TikTok, menampakkan baby bump Intan Ladyana yang ketika itu sedang disolek.

Teka-teki mengenai status kehamilannya mungkin bakal terjawab tidak lama lagi. Dalam pada itu netizen turut membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan tahniah kepada Intan dan mengatakan baby bump jelas kelihatan di dalam video berkenaan.

@adekkwann

saja try . mana le thu ##fyp 🙈🙈

♬ bunyi asal – myulala_TCB

Video berdurasi tujuh saat itu meraih lebih 148 ribu tontonan dan mendapat lebih empat ribu tanda suka.

Terdahulu, Harris memilih untuk tidak mengiyakan atau menidakkan khabar angin tentang kehamilan Intan.

Untuk rekod, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Perkahwinan pasangan selebriti itu menjadi perbualan hangat netizen disebabkan jurang usia mereka iaitu 17 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Ohbulan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *