“Pisang Tu Apa Kena Mengena?”-MV Terbaru Beby Acha Undang Kecam4n

Beberapa hari lepas , media sosial digegarkan dengan kemunculan Beby Acha bersama Skuad Jerung Merah.Pendatang baharu yang juga adik kepada penyanyi Allahyarham Achik Spin, Beby Acha mendapat kecaman netizen apabila muzik video (MV) terbarunya berjudul Jerung Merah dikatakan mempunyai maksud tersembunyi.

Menerusi carian terkini Murai.my, MV tersebut telah mendapat lebih daripada 5 ribu tanda suka (likes) dan 685 tanda tidak suka (dislike) selepas 18 jam ditayangkan di laman YouTube.

Dalam beberap babak, netizen turut mempersoalkan maksud tersirat penggunaan buah pisang dalam muzik video tersebut.

“Pisang tu apa kena mengena”

“Allah..berat sungguh pakaian pun. Kes nya pasal jerung merah je..Lebihkan akhirat laa. Dunia ni dah tua. Tegur sebagai orang islam.” komen mereka

 

Malah ada netizen yang berharap akan ada penggiat seni yang bersuara terhadap isu ‘double meaning’ yang dipaparkan dalam video tersebut yang disifatkan mereka sebagai lucah.

“Double meaning unsur kelucahan. Harap ada penggiat seni bersuara.”

“Boleh tak ada akta terhadap penyampaian double meaning. Tak kisah la melawak ka, video ka.”

“Double meaning. Harap ada orang isu benda ni.” komen mereka lagi

Sekadar info, Beby Acha atau nama sebenarnya Nur Aishah Md Shari merupakan adik kepada Allahyarham Achik Spin dan kakak kepada pelantun lagu Sedalam-Dalam Rindu, Tajul. Dia  mula aktif di aplikasi nyanyian Smule sebelum menjadikan nyanyian sebagai karier.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Murai

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.