“Satu hari kita dah tiada…” Ebit Lew Titipkan Pesanan walau bercuti di Switzerland

Baru-baru ini, pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew berkongsi momen indahnya sedang makan angin bersama isteri dan anak-anaknya di Switzerland. Menerusi Facebooknya, tulis Ebit, meluangkan masa bersama keluarga menjadi detik terindah dalam hidupnya.

Walupun sedang menikmati percutian dan bergembira bersama isteri dan anak-anak, Ustaz Ebit Lew tidak lupa menjalankan tanggungjawabnya untuk menyampaikan dakwah . Tulisnya di laman sosial Instagram beliau @ebitlew

“Dunia sementara akhirat selamanya. Satu hari kita dah tiada. Doa anak-anak ialah anugerah Allah yang terbesar.

“Berillah masa untuk anak-anak. Bagi anak-anak cinta sayang ialah masa. Masa ini akan berlalu. Tetapi kenangan bersama mereka akan menjadi amal dan pahala di akhirat nanti.

“Menggembirakan keluarga sunnah Baginda Nabi Muhammad Solallahu alaihi wasallam. Gembirakanlah mereka dengan berbual dan makan bersama. Mendengar cerita-cerita mereka.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Terkenal dengan sikap dan layanan beliau yang sweet dan romantik terhadap keluarganya, Ustaz Ebit Lew mengingatkan agar kita sebagai ibu bapa ,sentiasa menyayangi dan meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak ketika mereka masih kecil . Kenangan yang mereka bawa bersama itulah yang akan menjadi amal dan pahala di akhirat nanti.

Tak lupa juga untuk melayan dan menggembirakan hati isteri . Sebagai suami, sentiasalah ungkapkan rasa cinta dan sayang kepada isteri.

Meluahkan rasa syukur dan kasih kepada isterinya , Ustaz Ebit Lew juga menulis rasa hatinya di ruangan kapsyen Instagram beliau.

“Bidadariku, kita ada Allah yang sayang kita dan tak pernah tinggalkan kita. Terima kasih Allah temukan diriku dengan bidadariku ini.

“Penyejuk mata dan peneman diri dari dulu sehingga hari ni dan semoga Allah beri hadiahkan bahagia ini sampai syurga Firdaus buat selamanya.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Berikutan posting itu,rata-rata netizen bersetuju dan mendoakan ustaz serta keluarga semoga terus berbahagia.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Instagram @ebitlew

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *