Gempar! Anak lembu berkepala dua, badan seperti bab1

SEORANG peladang di Rusia digemparkan dengan kelahiran seekor anak lembu mutan berkepala dua dengan badan seperti seekor babi.

Haiwan aneh itu menyerupai dua ekor babi lebih daripada seekor lembu yang baru lahir.

Namun, anak lembu itu tidak dapat diselamatkan selepas kelahirannya, malah turut mengorbankan ibunya.

Susulan laporan yang dibuat oleh peladang mengenai keanehan itu, doktor haiwan mengkaji anak lembu berkenaan yang lahir di kampung Matkechik, Khakassia awal bulan ini.

Gambar menunjukkan haiwan tidak bernyawa itu kelihatan berwarna merah jambu dibaringkan di atas tanah.

Berdasarkan penelitian terhadap kepada dua kepala haiwan tersebut, kedua-dua matanya kelihatan tertutup seperti dijahit.

Selain itu, lidah masing-masing kelihatan terjelir.

Menerusi media sosial, penduduk setempat memberitahu bahawa anak lembu mutan itu tidak dapat diselamatkan ketika lahir, dan ibunya mati beberapa hari kemudian. – Daily Star

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *