“Dulu Bagitahu Mereka Tak Percaya, Sekarang Cerita Mereka Persoalkan”-Pandelela B0ngkar Isv Ganggvan Seksval

Pended4han yang dilakukan oleh atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong berkaitan isu gangguan sekksual yang dialaminya serta rakan-rakan atlet yang lain telah mendapat perhatian umum.

Walau bagaimanapun, pended4han yang dibuat pandelela telah mendapat respon daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Faizal Azumu dengan bertanyakan semula kepada atlet berkenaan mengapa baru sekarang menceritakan hal tersebut kepada umum.

Hal tersebut menjadi salah faham dalam kalangan warganet dan Pandelela menyatakan bahawa kejadian yang dikongsikan cuma untuk memberi kesedaran dan sokongan kepada m4ngsa g4nggvan s3kksu4l seperti yang pernah atlet-atlet alami.

Namun begitu, Ahmad Faizal telah menjelaskan kenyataan tersebut bukanlah untuk mempersoalkan apa yang dilakukan oleh Pandelela. Beliau cuma ingin mengetahui hal sebenar dengan lebih lanjut berkenaan kejadian yang pernah terjadi dalam kalangan atlet.

Ingin memanjangkan 1su, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu memaklumkan yang beliau faham apa yang diperkatakan oleh Ahmad Faizal itu.

Atlet kelahiran Sarawak berkenaan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana mendengar apa yang diperkatakan dan berharap agar Menteri KBS akan terus menyokong Diving Team untuk masa hadapan.

Walau bagaimanapun, menerusi ciapan di Twitter Pandelela, beliau seakan ‘berjauh hati’ apabila menyatakan apa yang diceritakan sebelum ini tidak dipercayai tetapi sekarang mempersoalkan pula selepas ia tular di media sosial.

Setakat ini menerusi kenyataan daripada Ahmad Faizal memetik laporan Malaysia Gazette, beliau memaklumkan telah membuat beberapa panggilan peribadi kepada atlet-atlet dan berjumpa mereka mengenai pendedahan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengenai g4nggvan s3kksval.

“Saya dah berjumpa dengan beberapa atlet tentang perkara ini jadi tidak sesuai untuk saya hebahkan lagi perkara ini masa ini.
“Tapi saya hanya nak faham keseluruhan senario, kenapa tiba-tiba setelah sekian lama lela (Pandelela) keluar kenyataan melalui media sosial beliau,” katanya pada sidang media seminar Anti-Doping Kebangsaan 2021.

 

Sumber: Twitter Pandelela Rinong, Faizal Azumu, Malaysia Gazette (Muhammad Azizul Osman)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : http://www.rosemerah.dnqj.my/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *