“Walaupun 5 Liter…?” Arab Saudi Larang Bawa Balik Air Zam-zam Ke Malaysia

Seperti kebiasaannya, mereka yang berpeluang mengerjakan haji atau umrah di Tanah Suci Mekah pasti akan membawa pulang air zam zam buat teman atau ahli keluarga yang berada di tanah air.

Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Arab Saudi tidak lagi membenarkan jemaah haji atau umrah membawa balik air zam zam dalam jumlah yang banyak namun hanya sekadar lima liter bagi setiap jemaah secara percuma.

Pun begitu, menerusi info terkini dari pemilik TikTok @masjidbesi, difahamkan kini air zam zam tidak benarkan untuk dibawa pulang ke tanah air jika mereka terbang dari lapangan terbang di Jeddah..

“Kepada para mutawif, nak beritahu..untuk lapangan terbang baharu, air zam-zam tidak dibenarkan bawa balik. Maksudnya, jemaah tak diberikan walaupun 5 liter pun untuk dibawa balik. Jadi beritahu jemaah minum puas-puas di sini sebab memang ia adalah barang larangan.”

@masjidbesi

Air Zam-Zam tidak dibenarkan dibawa balik ke Malaysia #fyp #airzamzam

♬ original sound – Masjid Besi

Bukan itu sahaja, individu ini juga mendakwa kemungkinan itu adalah peraturan baharu yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi. Dakwanya lagi, air zam zam juga sudah tidak djiual di lapangan terbang.

“Tadi nak bawa masuk tapi tak dibenarkan. Di lapangan terbang juga tidak ada penjualan air zam zam. Maksudnya, mungkin ini peraturan baharu kerajaan Arab Saudi yang mana mereka tak benarkan air zam zam dibawa balik atau dibawa keluar dari sana. Jadi, nak beritahu kawan-kawan supaya jangan beli air zam-zam bila nak ke lapangan terbang sebab memang tak dibenarkan.”

 

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan larangan membawa pulang air zam zam ke tanah air. Malah ada segelinitir daripada mereka berpendapat kemungkinan ‘peraturan baharu’ itu dibuat kerana mahu mengelakkan penjualan air zam-zam oleh jemaah kepada orang tempatan.

Apa-apapun harap janganlah korang bersedih sebab admin yakin pasti pihak Arab Saudi ada alasan kukuh di sebalik larangan ini. Harap ia tidaklah berpanjangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : OhBulan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.