‘Bila masa bercinta?” Hubungan cinta Hafiz Hamidun berakhir, Sukar teruskan percintaan Jarak Jauh

FAKTOR jarak jauh antara punca utama mengapa penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan seorang selebriti media sosial Indonesia.

Kata Hafiz atau nama lengkapnya Mohammad Hafiz Hamidun,37, selepas memikirkan banyak perkara selain penularan wabak Covid-19 yang membataskan mereka untuk bertemu, dia akur tidak dapat meneruskan lagi hubungan jarak jauh itu.

“Hubungan saya dengan orang seberang sudah berakhir. Saya tak dapat nak teruskan (hubungan) kerana masalah komunikasi ditambah lagi dengan pandemik Covid-19 membuatkan kami sukar untuk bertemu.” katanya.

“Susah sebenarnya, adalah lebih baik saya fokus kepada kerjaya dan keluarga kecil saya sekarang,” ulas Hafiz mengenai hubungan peribadinya pada sidang media secara virtual sempena pelancaran album Zikir Terapi Acapella yang berlangsung sebentar tadi.

Hafiz sebelum ini menjalinkan hubungan dengan seorang wanita kelahiran Indonesia berstatus janda yang dikenali sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, dia mengenali wanita itu melalui kawan rapatnya yang menetap di Indonesia.

Hafiz pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017, namun bercerai dengan talak selepas lima bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Meskipun begitu, Hafiz tidak serik dan bersikap terbuka andai dipertemukan jodoh dengan mana-mana wanita pada masa depan. Namun, begitu terdapat syarat yang ditetapkan Hafiz buat bakal isterinya.

Selain menerima Hafiz dan keluarga, bakal isterinya itu haruslah menerima anak angkatnya Hamdee Abdul Hafiz yang kini berusia setahun tujuh bulan dengan hati terbuka.

“Sekarang bukan terima saya saja, tapi Hamdee juga. Harus tahu Hamdee lahir dan membesar dalam keadaan yang bagaimana kerana dia mempunyai sejarah tersendiri.

“Dia (wanita) memang kena terima bukan saja saya, keluarga, tetapi paling penting Hamdee,” ujarnya.

Bagaimanapun, Hafiz berkata, dia tidak meletakkan sasaran tertentu bila akan melangkah ke fasa perkahwinan lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.