Heboh Instagram Isteri Fizo Omar, Rupanya Akaun Palsu!

Baru-baru ini heboh tentang pernikahan seorang pelakon, Fizo Omar bersama pilihan hatinya yang masih menjadi tanda tanya peminat dan rata-rata netizen. Berikutan itu, muncul beberapa akaun Instagram yang mengakui mereka adalah isteri terbaru kepada Fizo.

Mengambil kira hal berkenaan, Fizo Omar mendedahkan beberapa akaun Instagram palsu yang menggunakan wajah serta nama isterinya, Fazeera Nazri Azrai.

Menerusi Insta Stories pada Jumaat, bapa kepada seorang cahaya mata itu meminta peminat agar tidak mengikuti akaun yang tidak diketahui pemiliknya.

Malah Fizo, 36, turut memberi amaran kepada individu yang tidak bertanggungjawab agar berhenti menggunakan nama orang lain demi kepentingan sendiri.

 

“Ini bukan Instagram rasmi wife saya. Stop follow individu yang entah sape sape. Kpd yg berkenaan stop gunakan nama org lain utk kepentingan peribadi!,” tulisnya.

Justeru, penjelasan yang dibuat Fizo setidak-tidaknya meleraikan kekeliruan ramai pihak susulan kewujudan beberapa akaun yang berkongsi momen hari bahagia mereka sejak semalam.

Terdahulu media melaporkan, pengurus kepada aktor berkenaan, Mimi mengesahkan Fizo mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya berusia 25 tahun itu  di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

Ia dilangsungkan secara tertutup kira-kira jam 10.00 pagi.

Dalam pada itu, Mimi turut memohon kepada sesiapa yang menyebarkan akaun media sosial palsu Fazeera supaya berhenti berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan.

Pada Khamis, Fizo memuat naik fotonya yang mengenakan baju Melayu putih bersama anaknya di Instagram seolah-olah mengesahkan dia sudah bernikah sekali gus ‘meninggalkan’ status duda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : MediaHiburan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.