“Depan Tuan kemain Gangster, Tuan takde terus…”- Anjing Kantoi Manja buat netizen tercuit hati

Biasanya setiap kali terserempak dengan anjing, memang ramai yang cukup takut lagi-lagi anjing yang akan menyalak setiap kali melihat orang asing di hadapan rumah. Namun lain pula yang berlaku pada seekor anjing ini apabila dia kantoi tidak menjadi garang semasa pemiliknya tiada.

Anjing selalunya hanya akan bersikap agresif atau garang semasa pemiliknya ada untuk melindungi mereka. Gelagat anjing ini yang sempat bermesra dengan lelaki ini mencuit hati netizen sehinggakan video itu meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

@anaz2477

skrg one by one bru kau tau Anjirr..🤣🤣#fypシ #foryourpage #fyp #AnjirrJiranAdikGue #polismalaysia🇲🇾 #PDRM #tiktokviral #tiktok_malaysia

♬ Funny Song – Cavendish Music

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan gelagat seekor anjing yang selalu dijumpainya sebelum ini. Menurutnya, anjing itu selalunya garang semasa pemiliknya ada namun lain pula yang berlaku apabila anjing itu bersendirian.

Bukan sahaja manja malah anjing itu juga berubah menjadi mesra dengan lelaki itu semasa berjumpa dengannya baru-baru ini. Anjing itu juga dilihat menghampiri lelaki itu semasa dipanggil dan siap menggoyangkan ekornya seolah-olah gembira berjumpanya.

lelaki

Lebih mencuit hati, anjing itu sempat menoleh ke belakang seperti mahu melihat sama ada gelagatnya itu kantoi dengan pemiliknya sendiri. Pada penghujung video, dapat dilihat anjing itu siap bertenggek di pagar itu dan tersenyum memandang lelaki yang memanggilnya itu.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat lucu anjing tersebut. Malah ada yang berseloroh mungkin juga selama ini anjing itu hanya berpura-pura garang di hadapan pemiliknya demi sesuap nasi.

“Kena la pandai berlakon depan tuan, tidak sia-sia kena pecat dah kena cari kerja baru pulak.”

anjing“Sejenis yang tak campur urusan kerja dengan urusan peribadi.”

pemiliknya“Ada tuan kena la bagi garang sikit, bagi nampak sikit tengah kerja…”

komen“Ada tuan, dia bertugas. Takde tuan, dia adalah dia.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HCL

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.