Ucapan Fizo Omar untuk Anaknya Maryam Di Hari Pernikahan Beliau Undang Sebak Netizen

Pelakon, Fizo Omar yang dikhabarkan selamat bernikah semalam memuat naik gambar anaknya, Maryam dengan kapsyen yang mengundang rasa sebak peminat-peminatnya.

“Hadiah paling istimewa buat kamu untuk sepanjang hidup kamu. Kami akan sentiasa menyayangimu Maryam,” tulis Fizo.

Ucapan tahniah dan selamat pengantin baharu lantas membanjiri ruang komen pelakon itu selepas gambar nikah yang memaparkan wajah lelaki miripnya dan seorang wanita dimuat naik oleh akaun @fazeeranazriaz tular.

Malah, gambar profil akaun tersebut juga sama dengan gambar yang dimuat naik Fizo semalam.

Dalam akaun tersebut, gambar pertama yang dimuat naik memaparkan seorang lelaki sedang menyarung cincin usai akad nikah dan disertakan dengan kapsyen Alhamdulillah.

Manakala, gambar kedua yang dimuat naik akaun itu memaparkan wanita tersebut sedang bersiap.

Gambar-gambar yang dimuat naik terus mencetuskan teka-teki dan sehingga kini, masih tiada kenyataan daripada Fizo.

 

 

Pengurusnya Mimi berkata, majlis diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang kira-kira pukul 10 pagi.

Mimi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti isteri kepada pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu kerana mahu memberi peluang kepada Fizo mengumumkannya sendiri.

Katanya, Fizo akan mengumumkan dan berkongsi maklumat terperinci mengenai perkahwinannya itu dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah pagi semalam (Khamis). Fizo buat majlis secara tertutup hanya famili terdekat sahaja yang datang.

“Tunggu nanti InsyaAllah Fizo sendiri akan umumkan dan dedah siapa surf hati dia,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.