[VIDEO] Lelaki Merajuk Hentak Kaki Sambil Makan, Kawan Sepejabat Enggan Datang Majlis Kawin Dia

Sejak diumumkan kebenaran merentas negeri pada 11 Oktober lalu, ramai orang mula merancang pelbagai perkara untuk dilakukan bersama orang tersayang. Bagi individu yang bakal menamatkan zaman bujang pula, ia dijadikan satu peluang untuk menjemput rakan-rakan dari negeri lain datang ke hari perkahwinan mereka.

Mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan di Kelantan, seorang lelaki tidak menyangka rakan-rakan sekerja akan mengguris hatinya dengan menyatakan bahawa mereka tidak akan datang ke sana kerana lokasinya terlalu jauh. Seorang wanita sempat berseloroh jika sikap lelaki tersebut masih seperti itu, maka eloklah kiranya dia tidak berkahwin.

“Kelantan tu jauh kau tau tak? Kau nak kawin, kawin jelah …Apa kena mengena dengan kami?”

Lelaki Hentak Kaki, Merajuk Kawan Sepejabat Enggan Datang Wedding Di Kelantan

“Orang nak kawin diet ni lagi melantak…skali baju kawin tak muat” seloroh rakannya.

Melihat reaksi lelaki berkemeja putih itu mundar-mandir sambil menghentak kaki dengan bibir yang muncung, rakan-rakannya semakin asyik mengusik. Lebih lucu lagi apabila bakal pengantin tersebut tiba-tiba mengambil makanan di meja dan kembali menarik mukanya kerana masih terasa hati.

@nadea.fauzi

Aku pos jugak budak ni balik zimbabwe..😒

♬ Di Tuang Lagi Palaku – DJ Semongko

“Member macam adik-beradik je menyakat. Part hentak kaki tu terhibur betul akak”

 

Tular di TikTok sejak dikongsikan dua hari lepas, video ini meraih 250 ribu jumlah tontonan serta pelbagai komen daripada netizen.  Terhibur melihat gelagat lelaki yang tidak padan akan bergelar suami itu masih menebalkan muka untuk ‘melantak’ walaupun dalam keadaan merajuk dengan rakan-rakannya.

Lelaki Hentak Kaki, Merajuk Kawan Sepejabat Enggan Datang Wedding Di Kelantan

Lelaki Hentak Kaki, Merajuk Kawan Sepejabat Enggan Datang Wedding Di Kelantan

Lelaki Hentak Kaki, Merajuk Kawan Sepejabat Enggan Datang Wedding Di Kelantan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok Nadea Fauzi

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.