Tahniah! Ayie Floor88 dah ‘off market’ pilih Tasha Awie sebagai Isteri

SELEPAS 10 bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya vokalis kumpulan Floor88 iaitu Ayie sah bergelar suami kepada Tasha Awie pada pagi Khamis.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ahmad Nawawi Mad Nasir dengan sekali lafaz di Masjid Ukay Perdana, Ampang, Selangor kira-kira pukul 10.20 pagi.

Dalam majlis yang diadakan secara tertutup itu, Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 23, menyerahkan mas kahwin RM1000 bersama gelang dan cincin emas tanpa wang hantaran.

Usai pernikahan, Ayie meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, macam tak percaya akhirnya saya dan Tasha selamat disatukan sebagai suami isteri hari ini.

ayie 2

Majlis nikah diadakan secara tertutup mengikut SOP.

“Syukur majlis berjalan lancar meskipun kita masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19,” katanya kepada mStar.

Ayie dan Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, 22, mengikat tali pertunangan di Lanai Anggun, Eco Sky, Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Dalam pada itu, Ayie berkata dia terbuka hati menjadikan Tasha sebagai isteri kerana sikap penyayang dan pandai menguruskan hal berkaitan rumah tangga.

“Dia suka budak, pandai memasak dan menguruskan hal rumah,” ujarnya.

ayie tunang

Ayie dan Tasha mengikat tali pertunangan pada Januari lalu selepas tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa.

Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Ayie berkata dia masih belum mempunyai perancangan itu kerana perlu menyelesaikan beberapa tugasan kerja.

Malah, pasangan ini juga berkata mereka tidak meletakkan perancangan mengenai cahaya mata.

“Tak ada plan lagi honeymoon, sebab saya cuti empat hari sahaja. Lepas itu sambung kerja balik. Nanti-nanti la kita tengok kalau ada waktu yang sesuai untuk bercuti.

“Sama juga mengenai zuriat, kita pun tak merancang. Kalau ada kami terima sahaja rezeki itu,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.