Siap Minta Jelaskan Babak Rog0l ,Nak bayangkan Katanya- Netizen Desak Boikot Shuk Sahar

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit pelakon Fauzi Nawawi selepas berkongsikan tentang lakonannya ketika menjayakan babak panas bersama Raja Farah.

Namun, bukan sahaja Fauzi, malah pengacara rancangan tersebut iaitu Shuk Sahar turut dikecam teruk oleh netizen berikutan dialognya seolah mahu Fauzi menjelaskan lebih terperinci mengenai babak berkenaan.

“Kalau boleh terangkan satu per satu, saya nak bayangkan,” kata Shuk kepada Fauzi.

Susulan tindakannya itu, ada segelintir netizen mahu pengacara itu diboikot apatah lagi sering sahaja mencetuskan kontroversi. Malah, netizen turut kesal apabila Shuk boleh berlawak tentang perkara itu tanpa memikirkan perasaan keluarga pelakon wanita tersebut.

 

“Shuk itu siap boleh berlawak nak bayangkan lagi benda ini. Tak fikir ke kalau orang lain bayangkan anak atau isteri kau?

“Guna akallah nak buat kelakar. Fikirlah perasaan ibu bapa dan suami pelakon perempuan itu. Tolong boikotlah mereka,” komen seorang netizen

Terdahulu, Fauzi Nawawi membuat permohonan maaf di Instagram terutama kepada Raja Farah dan suaminya. Mengakui kesilapannya itu, Fauzi berkata dia tiada niat untuk memalukan Raja Farah.

Fauzi berkata sebaik selesai rakaman temu bual tersebut, dia sudah meminta pihak penerbit dan produksi untuk memotong bahagian yang sensitif ketika perbualan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Rotikaya

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.