Lelaki Pujuk Monyet Merajuk Bila Roti Disambutnya Terjatuh, “Macam Awek Ku…”

Setiap kali berjumpa dengan sekumpulan monyet liar, tentunya perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah untuk memberikan mereka ini makanan. Begitu juga lah yang dikongsikan lelaki ini apabila dia cuba memberikan roti kepada sekumpulan monyet ini namun lain pula yang berlaku akhirnya.

Semuanya gara-gara seekor monyet yang merajuk apabila roti yang diberikan terlepas dari tangannya. Bukan sahaja merajuk malah monyet itu juga turut melepaskan geramnya pada pokok gara-gara tidak dapat menikmati roti yang diberikan itu.

@hakim_hazly

kena mental ka!!!🤣🤣🤣#fyp

♬ original sound – unknown

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat memberikan roti pada sekumpulan monyet itu. Semasa dia cuba memberikan roti pada salah seekor dari mereka, roti tersebut terjatuh ke lantai gara-gara ianya terlepas dari tangan monyet tersebut.

Dia kemudiannya mengutip roti tersebut untuk diberikan semula kepada monyet itu namun lain pula yang berlaku. Monyet tersebut yang merajuk dengan apa yang terjadi kemudian menggoyangkan pokok tersebut seolah-olah tidak berpuas hati.

monyet

Sebaik sahaja melihatnya, lelaki itu turut berdekah dan cuba memberikan roti itu semula kepada monyet itu namun tidak dilayan. Sehinggakan lelaki itu terpaksa memujuk monyet itu pula untuk mengambil roti itu pada akhirnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat monyet itu yang pandai merajuk mengalahkan manusia biasa. Ada juga yang berseloroh mengatakan gelagatnya itu sama seperti kaum perempuan yang merajuk jika makanan mereka terjatuh.

“Mesti girl ni salah sendiri tak nak ngaku pastu merajuk pulak.”

monyet merajuk“Macam awek ku bila merajuk.”

roti“Asal aku rasa macam pernah tengok ek…”

komen“Pokok tak salah, yang salah orang.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HimpunanCeritaLawak

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.