Ernie Zakri Masih ‘In Denial’ Keadaan Mengandung 5 Bulan…Mula Sesak Nafas,Sakit Rahang & Dada

Seperti diketahui umum, penyanyi gandingan dua vokal hebat, Ernie Zakri dan suaminya Syameel Aqmal telah mengumumkan berita kehamilan Ernie yang berusia sudah 4 bulan pada September lalu.

Keadaan Ernie mengandung baik-baik sahaja sepanjang tempoh 4 bulan itu . Mengejutkan, Ernie memuatnaik status terkininya di dalam story Instagram miliknya yang dikenali dengan nama akaun @erniezakri kini tiba-tiba jatuh sakit disebabkan penat bekerja dan terpaksa membatalkan salah satu programnya semalam.

Antara simptom yang dialami Ernie ialah sakit dada,sesak nafas dan sakit rahang hingga ke kepala.

“Tewas lagi, kembali ke KL dari Pulau Pinang, esoknya terus pergi kerja. Bangun pukul 10.30 pagi dan habis kerja pukul 12 tengah malam.

“Saya rasa saya patut ambil berat dengan diri saya sendiri. Mesti baby dalam perut pun sedih ibu dia tak rehat semalam.

“Bangun pagi tadi dengan rasa skait dada, sakit yang susah untuk bernafas seperti macam banyak asap dalam dada.

“Rahan sakit sangat sampai kepala, muntah tak berhenti, sampai kena batalkan salah satu acara pada hari ini,” ceritanya menerusi perkongsian di Instagran Stories.

Dalam pada itu, Ernie memohon maaf kepada semua pihak atas keadaan dirinya yang tidak menginzinkan selain memaklumkan akan lebih selektif dalam memilih kerja.

“Maafkan saya kasihan pengurus saya kena jawab dengan produksi dan minta maaf juga kepada produksi.

“Perlahan-lahan harus akui yang saya bukan lagi Ernie yang  sebelum mengandung. Masih in denial kebanyakan waktu.

“Kena betul-betul memilih dalam kerja selepas ini. Doakan saya semua. Saya akan berehat sampai esok dan doakan anak cinta sayang dalam perut ini,” tambahnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Instagram @erniezakri & @syamel_official

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *