Neelofa Akui Amat Memerlukan Doa-Doa Semua Apabila Ditanya Isu Kehamilannya

 

Selebriti popular, Neelofa masih lagi mengunci mulut mengenai desas-desus yang mendakwa dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Bagaimanapun, Neelofa,32, memaklumkan para peminat boleh menilai sendiri segala perubahan yang berlaku keatas dirinya lebih-lebih sekiranya ada yang terserempak dengannya secara bersemuka.

 

“Sebenarnya saya sendiri masih tak tahu bagaimana untuk menyusun kata-kata bagi perkara ini terlihat elok.

“Umum mengetahui saya pun baru pulang daripada Langkawi dan dah ada juga beberapa artikel yang viral. Ketika di sana, saya juga berjumpa dengan ramai peminat.

“Mereka pun nampak saya secara ‘face to face’. Jadi, mereka yang berjumpa saya di luar itu boleh menilai sendiri keadaan saya,” kataya kepada MH.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Meletop itu di majlis tandatangan kerjasama diantara pihak Tabung Haji dan aplikasi TheNoor.

Katanya lagi, dia juga masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk membuat apa-apa pegumuman dalam masa terdekat.

“Sejujurnya, untuk saya buat pengumuman rasmi atau mengulas apa-apa isu sekali pun, saya masih belum ada sebarang perancangan. Tapi apa yang boleh saya katakan, saya amat memerlukan doa-doa anda semua.

“Saya nak bercakap lebih-lebih pun, saya masih takut lagi. Jadi, saya perlukan doa serta kata-kata positif dan baik daripada semua orang. Perkara-perkara seperti ini sememangnya amat-amat sensitif,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Neelofa turut memberitahu, dia sebenarnya lebih selesa untuk bercerita mengenai kelahiran berbanding kehamilannya.

“Untuk sesetengah orang, mungkin ianya perkara biasa tapi bagi orang lain, ia sensitif. Jadi, buat mereka yang nampak saya berbeza tu, mereka boleh nilai sendiri.

“Di sini saya ingin membuat perkongsian, bila berbicara mengenai soal kehamilan atau menimang cahaya mata, kita lebih disarankan untuk berkongsi mengenai kelahiran daripada kehamilan itu sendiri.

Itu yang lebih baik sebenarnya.

“Sebab apa-apa pun boleh terjadi sepanjang fasa tersebut. Jadi, sebab itulah saya lebih suka kalau bercakap tentang kehamilan ini. Saya mahu orang di luar sana mendoakan saya,” akhirinya.

Terdahulu, TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) hari ini melantik The Noor sebagai rakan kembara rasmi (Official Travel Partner) menerusi majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua syarikat.

Menerusi kerjasama ini, para pengguna boleh membuat tempahan pakej-pakej umrah dan Islamic Tourism menggunakan aplikasi TheNoor.

Sekadar informasi, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail telah pun mendirikan rumah tangga mereke pada tanggal 27 Mac lalu di sebuah majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka yang terletak di ibu kota.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : MediaHiburan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *