Isu Kontroversi Ella, Kaka Azraff Dedah Terpalit Sama

Sebagai anak saudara kepada Ratu Rock Negara, Ella, penyanyi Kaka Azraff mengakui dia cuba belajar mengenai selok-belok dunia seni menerusi pengalaman yang pernah dilalui Ella.

Menurut Kaka, perjalanan seni Ella yang panjang memberi ruang buatnya untuk belajar seterusnya mengambil apa yang baik demi perkembangan kerjaya seni.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff telah berkongsi perkara tersebut menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan.

“Masa kecil dulu biasalah kan waktu zaman sekolah bila ada kontoversi mengenai Ella, kawan-kawan suka ejek dan usik-usik. Akan tetapi benda itu yang membuatkan saya kuat untuk berhadapan dengan apa-apa kisah sensasi.

“Bila saya tengok dia hadapi kontroversi, ia lagi dahsyat daripada saya sebenarnya. Bila bila nak dikatakan mengenai diri pernah terpalit tu… ia tidaklah ada terpalit sangat pun.

“Cuma adalah sikit bila orang bercakap dan bertanya, selalunya saya hanya jawab tak tahu sahajalah,” katanya.

Kaka turut menyifatkan penyanyi yang sinonim menerusi lagu Sembilu itu sebagai seorang yang baik.

“Dia seorang yang sangat ‘cool’ dan saya suka dengan dia. Keluarga saya memang duduk serumah dengan nenek dan dia bersama keluarga juga kerap datang ke rumah.

 

“Setiap kali bila dia ada, saya sentiasa rasa teruja untuk jumpa dengannya. Ingat lagi masa saya kecil dulu, saya nampak dia seorang sangat baik, manja dan ceria.

“Malah boleh dikatakan dia punya manja tu, saya rasa dia lagi manja dari saya,” katanya yang turut berkongsi mengenai kerjaya serta kehamilan kedua ketika ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : MediaHiburan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *