[TERKINI] Sajat Sah Sudah Lari ke Australia

KETIKA ramai pihak tertanya-tanya di manakah, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bersembunyi, akhirnya dia muncul beramah mesra dengan pengikutnya di media sosial pada Isnin.

Lebih mengejutkan apabila Sajat, 36, yang sebelum ini disangka masih berada di Thailand dipercayai sudah melarikan diri ke Canterbury, Australia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nursajat (@nursajatkamaruzzaman)

Berdasarkan perkongsian di Instagram, difahamkan Sajat kini sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel di negara berkenaan.

“Kita tak lari, kita berhijrah la. Anda yang kata kita lari. Anda yang tak boleh terima hakikatkan?

“Selama ni kita senyap sebab kita nak buka kedai baru dekat lokasi baru. Alhamdulillah dapat support yang banyak,” katanya menerusi sesi live di Instagam.

Pada 15 Oktober lalu media melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi Sajat yang melarikan diri ke negara jiran itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilaporkan berkata, proses membawa pulang usahawan kosmetik itu tertakluk kepada maklum balas dari pihak berkuasa tempatan.

Dalam pada itu pada sesi live berkenaan Sajat turut menjawab pertanyaan para pengikutnya tentang status dia sebagai warganegara Malaysia.

“Kita dah cerai dah, dah cerai dah, dah talak tiga dah.

“Maaflah kita dah tak boleh bersatu kembali,” katanya.

Selain itu, Sajat turut memaklumkan bahawa segala perniagaannya di Malaysia sudahpun dijual dan dia mahu memulakan perniagaan baharu di Australia selepas selesai menjalani kua­rantin.

Di akhir ‘live’ tersebut, Sajat sekali lagi mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan Malaysia dan tidak akan boleh kembali ke negara ini.

Dia bagaimanapun tidak berasa ralat mengenai hal berkenaan, sebaliknya cukup teruja untuk memulakan kehidupan yang baru di Australia.

“Saya mahu buka perniagaan dan membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari rezeki di Australia dengan cara bekerja di bawah perniagaan saya nanti,” ujarnya.

Selain itu Sajat turut meminta orang ramai agar tidak menghakiminya dengan pelbagai andaian berhubung isu agama yang dianggap sangat sensitif.

“Kalau saya masih Islam biar la saya dengan cara Islam saya… awak dengan Islam awak.

“Tak perlu la awak nak judge saya, kita respect each other. Sebab sekarang ni pun kalau awak nak kata apa-apa pun tak guna sebab saya dengan cara Islam saya.

“Tak perlu la kata saya berdosa ke… terima kasih saya sangat hargai nasihat anda semua,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *