“Macam GoPro lah…” Lelaki Tangkap Gambar Dengan Pengesan Suhu, Buat Netizen Ketawa

Sekarang ini boleh dikatakan di mana-mana sahaja pasti akan diletakkan mesin pengesan suhu untuk memeriksa suhu badan seseorang. Baru-baru ini pula, gelagat sekumpulan lelaki yang bermain kononnya sedang menangkap gambar dengan mesin pengesan suhu ini membuatkan netizen berdekah melihatnya.

Gelagat mereka bermain dengan mesin pengesan suhu itu turut mencuit hati netizen apabila mereka dilihat siap posing di hadapan ‘kamera’ itu. Video itu juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

@qasahhhnothere

Penat aku layan diorg ni😭😂😂 #fyp

♬ bunyi asal – Daniel Aqasyah

Di dalam video yang dikongsikan ini, sekumpulan lelaki itu dilihat berada di sebuah surau semasa salah seorang rakan mereka mengambil mesin pengesan suhu itu. Lelaki itu kemudian mula menjadikan mesin itu sebagai kameranya dan mula mengambil gambar.

Lebih melucukan, rakan-rakannya yang lain kemudian mula memberikan kerjasama dan bergaya di hadapan mesin pengesan suhu itu seolah-olah sedang mengambil gambar. Malah lelaki itu turut berpura-pura mengambil gambar mereka dengan mesin itu.

lelaki

Tidak hanya berhenti di situ, lelaki itu juga siap mengambil gambar itu dari pelbagai sudut sekaligus membuatkan yang lain turut berdekah melihatnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju apabila ramai yang mengatakan rakyat Malaysia sememangnya jarang untuk serius. Malah mesin pengesan suhu seperti itu juga mampu dijadikan bahan lawak buat sekumpulan lelaki ini.“Betul lah orang cakap rakyat Malaysia tak pernah nak serius.”

mesin pengesan suhu

“Tak masalahnya siap posing betul-betul tu.”

pengesan suhu

“Ni ambik polaroid picture ke ni.”

komen

“Kadang-kadang benda yang macam ni yang akan lelaki ingat sampai bila-bila.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : 

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.