Tiba-tiba Bapa Minta Nak Pergi Hospital Sebagai Hadiah Hari Jadi…Dua Kali Berlaku Drama Air Mata

Siapa yang tidak gembira apabila hari ulang tahun kelahiran disambut oleh orang tersayang.

Namun bagi seorang bapa, perasaannya sebak sehingga menitiskan air mata ketika menjamah sepotong kek hari jadi.

Menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok, dapat dilihat si anak cuba menenangkan hati lelaki itu dengan mengusap-usapkan tangannya.

Berkongsi kisah di sebaliknya video itu, Quratu Quraidah Roslan berkata, rakaman dibuat ketika menyambut hari ulang tahun bapanya ke-54 pada 14 Oktober lalu.

@aidaroslan_

happy birthday abah sayang ❤️ semoga panjang umur & dimurahkan rezeki ya ❤️ terima kasih perkerja pizzahut toppen❤️ #fyp

♬ bunyi asal – Atul Quraidah

Gadis berusia 21 tahun itu berkata, dia begitu rapat dengan bapanya yang dipanggil abah itu, terutama sejak pemergi4n ibunya pada Disember 2020 pada usia 54 tahun akibat k4nser ovari

@aidaroslan_

permintaan tertunai😇 buat buat lepas rindu dia kata ❤️‍🩹 btw happy birthday again abah 🥰

♬ bunyi asal – Atul Quraidah

“Sejak mak meningg4l dun14, saya rapat dengan abah. Sebenarnya idea untuk sambut birthday abah dengan kek tu dibuat secara spontan.

“Ketika saya dan abah makan di restoran piza. Masa buat kejutan tu, abah pergi ke tandas. Tak sangka kejutan kek birthday buat abah sebak sampai menangis,” katanya

Lebih mesra disapa Atul, katanya, tahun-tahun sebelum ini arw4h ibunya yang merancang kejutan dan mengadakan sambutan hari jadi bapanya.

“Dari dulu arw4h mak yang sambut birthday abah. Tahun ini lain, pertama kali birthday abah disambut tanpa mak. Saya tak nak abah sedih.

“Saya tak mahu abah rasa lain, sebab itu saya meneruskan sambutan birthday macam yang selalu mak buat sebelum ini,” ujarnya yang berasal dari Pontian, Johor.

Sebelum kejutan kek hari jadi di restoran, jelas Atul, bapanya yang merupakan pemandu bas sekolah itu membuat permintaan untuk singgah ke Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

“Tiada siapa yang dimasukkan ke h0spital masa birthday abah. Abah request sebab katanya nak imbau kenangan, sebab mak dulu selalu dirawat dan buat kim0ter4pi di hospital tu.

“Kami pergi berdua. Tapi sebab tak ada siapa yang kami nak lawat dengan SOP (prosedur operasi standard) kerana p4ndemik, kami hanya lalu di perkarangan hospital saja.

“Masa kami lalu kat hospital, abah dah mula keluar air mata. Saya sendiri cuba tahan air mata sebab teringat juga masa mak w4rded berkali-kali, saya dan abah bergilir-gilir bermalam di hospital j4ga mak,” katanya sambil menambah arw4h ibunya didi4gn0sis k4nser sejak 2012.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, bapanya disifatkan sebagai seorang yang penyayang, baik hati dan mudah sensitif serta tidak suka memendam perasaan.

“Abah tak suka pendam-pendam. Kalau abah sedih, dia akan tunjuk dia sedih atau menangis. Tapi abah akan okay sendiri, kadang-kadang je saya pujuk.

“Saya tenangkan abah, saya kata yang pergi tu tetap pergi, kita yang masih ada ni banyakkan doa buat mereka yang telah tiada,” ujarnya yang bekerja di sebuah kedai serbaneka.

Atul yang juga berniaga baju terpakai (bundle) berkata, perkara yang paling dirindu bapanya adalah bebelan ibunya di rumah.

“Biasalah perangai mak-mak, ada saja nak dibebelkan. Sekarang ni hanya saya dan abah tinggal berdua. Rumah tu sekarang sangat-sangat sunyi.

“Saya banyak rakam video abah sebab sebelum ni memang tak suka rakam, Jadi terkil4n sebab tak banyak video dengan arw4h mak.

“Apa yang saya cuba nak sampaikan, selagi ada depan mata dan masih ada mak ayah, hargailah mereka. Gunakan masa dan peluang yang ada untuk menggembirakan mereka,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.