Lelaki Dirasuk Pegang Batu Nisan Sambil Berjalan Dalam Gelap

Gangguan daripada makhluk halus sememangnya wujud. Pastinya kita pernah mendengar bahawa ada orang yang dirasuk sehingga bertindak diluar kawalan.

Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh beberapa pengguna TikTok apabila memuat naik rakaman seorang lelaki dikatakan mengalami gangguan makhluk halus sehingga berjalan seorang diri dengan membawa sebiji batu nisan pada waktu pagi.

@syed.muhammad.arif

Aku ingat dia sewel sikit rupanya ???? Allahu kene rasuk rupanya 👻👻😵

♬ Sounds like a mystery music box – Yohei

Video tersebut tular selepas akaun bernama @syed.muhammad.arif dan @wansun11 memuat naik video itu dengan mempunyai beberapa bahagian.

@wansun11

Balas kepada @saharulridzwan7 Mendukung Batu Nisan Part 2 Doa yang baik2

♬ bunyi asal – Wann Sunn🇲🇾

Suasana turut menjadi sedikit panik apabila lelaki yang membawa batu nisan itu jatuh selepas ayat kursi dibacakan dan meronta-ronta ketika dipegang.

@syed.muhammad.arif

😰😰😰

♬ original sound – سيد محمد عارف

Lelaki berkenaan juga seakan bingung selepas sedar dari dirasuk dan hanya menjawab ‘tidak tahu’ sahaja apabila ditanya beberapa soalan daripada orang ramai yang berada di tempat kejadian.

@wansun11

Balas kepada @yooihenna89 Hati hati belajar silat yang ada mengambil ilmu hitam..Semoga dipermudahkan #fpydong

♬ bunyi asal – Wann Sunn🇲🇾

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui berasa seram dengan situasi berkenaan.

Dalam salah satu kapyen di video yang tular, pengguna TikTok itu sempat menasihati orang ramai supaya berhati-hati jika belajar silat atau mengambil ilmu hitam kerana boleh jadi ia memakan diri.

Walaupun tidak merujuk kepada individu yang dirasuk itu, namun dia tetap berharap agar segala urusannya dipermudahkan lebih-lebih lagi melibatkan gangguan dari makhluk halus.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : OhMyMedia

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.