Baru Tahu Pembawa Talasemia Lepas 3 Tahun ‘Couple’ ,Terpaksa Putus Tak Jadi Kahwin

Bernikah memang best, tapi banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Bukan setakat persediaan ilmu agama serta wang simpanan sahaja, bakal pengantin perlu juga mengambil ujian Talasemia iaitu mengenalpasti masalah genetik yang boleh menyebabkan masalah anemia. Perkara ini sangat mustahak demi membina sebuah keluarga yang sihat.

Baru-baru ini, kisah pilu mengenai sepasang couple dari Indonesia nyata telah meruntun jiwa ramai. Meskipun sudah 3 tahun saling mencintai dan sedia untuk sehidup semati bersama, namun begitu mereka terpaksa putuskan hubungan memandangkan kedua-duanya disahkan sebagai pembawa gen Talasemia.

Couple Pembawa Talasemia Sepakat Tak Jadi Kahwin, Takut ‘Menurun’ Pada Anak

Couple Pembawa Talasemia Sepakat Tak Jadi Kahwin, Takut ‘Menurun’ Pada Anak

Menurut pengguna akaun @szasaccount, masing-masing sedar ia boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadap bakal anak-anak sekiranya perkahwinan diteruskan kelak. Meskipun perit untuk ditelan, namun mereka sepakat untuk berpisah dan ‘meraikan’ detik terakhir sebagai couple. Walau bagaimanapun, hubungan kedua-duanya tetap baik dan diteruskan sebagai kawan susulan telah lama mengenali antara satu sama lain.

@szasaccount

please spread awareness about thalasemia #thalasemia #thalasemiaindonesia #breakup #fyp

♬ Pesan Terakhir – Lyodra

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan tersebut mengambil tindakan yang sangat matang walaupun pengorbanan besar terpaksa dilakukan. Dalam pada itu, mereka turut berkongsi sejarah keluarga serta pengalaman berkahwin dengan pasangan pembawa talasemia masing-masing.

Couple Pembawa Talasemia Sepakat Tak Jadi Kahwin, Takut ‘Menurun’ Pada Anak

Couple Pembawa Talasemia Sepakat Tak Jadi Kahwin, Takut ‘Menurun’ Pada Anak

Couple Pembawa Talasemia Sepakat Tak Jadi Kahwin, Takut ‘Menurun’ Pada Anak

Couple Pembawa Talasemia Sepakat Tak Jadi Kahwin, Takut ‘Menurun’ Pada Anak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok szasaccount

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.