Anak Hilang Kekuatan, Ibu Bapa Meninggal Tanggung 5 Penyakit

KEMATIAN ibu bapa menjadi igauan ngeri bagi setiap insan yang bergelar anak.

Menurut Muhammad Fahmi, 22, perasaan sedih dalam hati tidak pernah terpadam biarpun bapanya, Mohd Firdaus Haki sudah 10 tahun meninggal dunia.

Episod duka itu kembali berulang apabila ibunya, Che Maimum Che Dollah pula kembali ke rahmatullah pada Sabtu lalu.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Fahmi mengakui sedang berada dalam fasa menyesuaikan diri bagi menghadapi hari-hari mendatang sebagai anak yatim piatu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Malah, dia ketika dihubungi sempat memperincikan semula perjalanan hidup ibunya yang sudah 13 tahun menanggung derita menghidap lima jenis penyakit.

“Arwah umi berusia 45 tahun. Sebaya dengan arwah ayah. Dia ada masalah jantung berlubang, ada tiroid, sawan dan ada jangkitan kuman dalam hidung. Selain itu, arwah juga ada kulat dalam mulut, susah dia nak makan kerana lelangitnya berlubang.

fahmi3

Bapa Fahmi meninggal dunia 10 tahun lalu manakala ibunya menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu.

“13 tahun dia tahan sakit. Kemudian sakit umi makin kronik selepas ayah meninggal. Arwah umi selalu juga masuk hospital sehinggalah kesihatannya merosot pada tahun ini.

“Dua minggu lepas, doktor maklumkan kuman dah merebak ke otak. Hari Khamis, umi dah tak kenal orang. Sedih bila mak sendiri dah tak kenal kita. Doktor juga kata dia dah tak ada anti bodi.

“Mak nazak di rumah, kemudian kami bawa ke Hospital Yan, Kedah dan umi meninggal di unit kecemasan pada Sabtu petang,” imbasnya sebak.

Menurut jejaka yang senang disapa Fahmi itu, dia sedih mengenangkan hidupnya bersama dua lagi adik yang kini sepi tanpa kedua-dua orang tua.

Malah katanya, dia bagaikan hilang tempat bergantung dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam keadaan baharu.

“Saya hilang tempat bergantung. Selama ini saya bergantung kepada umi. Tapi mujurlah saya banyak belajar untuk berdikari selepas ayah meninggal dulu. Cuma semangat saya hilang sekarang.

fahmi2

Fahmi sedar dia perlu reda dan menerima segala yang berlaku dengan hati terbuka.

“Kubur mereka juga sangat dekat dengan rumah kami. Keluar dua ke tiga langkah saja, dah sampai ke pagar kubur. Dari rumah boleh nampak kubur arwah mak dan ayah.

“Kekuatan saya daripada umi. Saya cuma kena reda. Umi pun dah lama tanggung sakit. Siapa yang tak sedih? Tapi sampai bila nak bersedih.

“Kematian ayah pun dah berlalu 10 tahun, tapi sampai hari ni saya masih sukar nak percaya. Saya bagaikan hilang kata-kata,” ujarnya lagi.

Mengenai dirinya, Fahmi sebelum ini pernah mengikuti pengajian di sebuah kolej Matrikulasi di Kedah.

fahmi5

Tiga beradik bersama arwah ibu mereka.

Dia kemudiannya meneruskan pengajian dalam bidang Ukur Bahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak pada tahun 2019.

Namun kata Fahmi, dia sempat belajar pada semester pertama sahaja sebelum membuat keputusan untuk menamatkan pengajian demi memberi fokus kepada keluarga.

“Saya berhenti ketika semester satu. Saya rasa macam tak capai target, jadi saya berhenti untuk tolong keluarga. Pada waktu itu, hanya adik nombor dua yang bekerja kilang untuk sara keluarga.

“Ketika itu saya memang niat nak cari kerja. Saya kerja di sebuah restoran. Kemudian saya juga bekerja dengan sebuah syarikat import eksport dalam bahagian customer service.

fahmi4

Fahmi berniaga pakaian bundle untuk mencari pendapatan sampingan.

“Kebetulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari tu, adik diberhentikan kerja. Tinggal saya seorang untuk sara keluarga.

“Sekarang saya tambah pendapatan dengan berniaga baju bundle secara online. Selepas balik dari pejabat, saya akan buat live bundle.

“Sambutan sekarang boleh la…. cuma biasalah, orang tak kenal kita lagi. Yang beli dari ‘tepi’ pun ramai. Kawan-kawan saya banyak beli terus dengan saya,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *