[VIDEO]Raih 6Juta Tontonan! Kucing Tolong Bukakan Tingkap Tuan Terkunci Di Luar Tular

Siapa sangka ketika anda dalam kesusahan, kucing peliharaan anda mampu menyelamatkan anda dan membantu anda keluar dari masalah tersebut. Itulah yang dialami seorang wanita ini apabila kucingnya berjaya membantunya yang terperangkap di luar rumah.

Gelagat bijak kucing tersebut turut meraih perhatian ramai sehinggakan video itu meraih hampir enam juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama terpegun melihat kepandaian kucing itu yang seolah-olah faham dengan situasi yang dialami pemiliknya itu.

@irentira#viral #fypシ kenzo 🥺♬ suara asli – ini_iren

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu dia terperangkap di luar biliknya selama sejam gara-gara kunci yang tertinggal di dalam biliknya itu. Dalam masa yang sama, kucingnya berada di dalam bilik itu dan tidak dapat keluar daripada situ.

Apa yang menarik perhatian ialah kucing itu seolah-olah faham pemiliknya berada dalam kesusahan. Malah kucing itu kemudian cuba membuka tingkap di bilik itu beberapa kali selepas diminta oleh pemiliknya itu.

oyen

Selepas beberapa kali mencuba, kucing itu akhirnya berjaya membuka tingkap itu malah siap menolaknya untuk membantu pemiliknya masuk. Melihatkan kepandaian kucing itu, pemiliknya turut sama berasa gembira dan terharu dengan pertolongannya itu.

Di ruangan komen, netizen turut sama terpegun dengan kepandaian kucing itu membantu pemiliknya. Malah ada yang turut berseloroh membandingkan dengan kucing mereka yang tentunya akan membuat tidak tahu sahaja jika berada di dalam situasi yang sama.

“Kalau kucing aku lain ceritanya.”

kucing“Bijak betul oyen kat indo. Oyen kita asyik buat hal je.”

pemiliknya“Kalau kucing aku, aku panggil dia buat bodoh pastu blah.”

komen“Dia siap tolak pintu tu.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HimpunanCeritaLawak

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.