Menyesal jadi isteri kedua… Baru Tahu Madu Yang Kaya, Bukan Suami

 

Tak dinafikan, banyak dugaan dan perpisahan terjadi dalam kehidupan berpoligami. Terbaru, seorang wanita ada berkongsi pengalaman ‘hitamnya’ sepanjang bergelar isteri kedua.

Kisah itu dikongsikan oleh seorang wanita menerusi Facebook Page Kisah Rumah Tangga Fans. Menurut wanita ini, dia merupakan isteri kedua si suami dan mereka telah mendirikan rumah tangga pada bulan Mac lalu selepas mendapat persetujuan isteri pertama.

Hampir 8 bulan melayari bahtera perkahwinan, pelbagai dugaan yang dilaluinya bersama suami. Malah dia juga mendakwa madunya seakan tidak berpuas hati dengan dirinya.

“Masa aku dan suami pergi honeymoon dekat Langkawi, aku dah booking bilik hotel RM4500 untuk 3 malam, tiba-tiba madu aku block kad kredit suami aku. Malu masa nak check in kad kredit suami kena block. Terpaksa cancel bilik tu, tukar bilik yang harga RM600 untuk 3 malam. Suami tak nak call bini dia untuk tanya. 4 hari duduk langkawi spoil mood aku, dengan cash kurang.”

Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini juga mendakwa sangat terkejut selepas pulang dari Langkawi dan mendapati rumah yang didiaminya kosong. Rupa-rupanya madunya yang merangkap isteri pertama si suami telah membawa keluar perabot dari rumah tersebut. Difahamkan, rumah yang didiami wanita ini adalah rumah madunya yang sebelum ini dijadikan homestay.

“Balik-balik ja dari Langkawi rumah tu jadi kosong hanya tinggal tv dan peti sejuk ja dan 1 tilam tanpa katil. Yang perabot lain madu aku angkut letak rumah dia. Dah angkut semua barang lepas tu beritahu kami kena bayar sewa rumah tu RM250. Suami mula bayar juga walaupun aku halang.”

Tidak berakhir di situ, isteri pertama kemudian menggunakan ‘kuasanya’ mengambil kereta si suami dan menggantikannya dengan kereta lain. Jelas individu ini lagi, meskipun madunya itu sudah memiliki dua biji kereta tetapi dia tetap mahukan kereta yang digunakan oleh suaminya itu. Individu ini mengakui pelbagai cara yang dilakukan madunya semata-mata mahu dia dan suami berpisah.

“Sebelum kahwin aku yakin, aku boleh bagi kebahgiaan dekat suami aku, layanan atas katil sebaik-baiknya. Bila dah itu ini tak ada lepas kahwin ni, jadi meluat pula. Suami aku janji nak bagi aku kesenangan, rupanya dia pun tak kaya.

Yang kaya madu aku, suami aku kerja dengan bini dia. Baru aku tahu bukannya suami aku bos. Nak berpisah malu dengan adik beradik aku, dengan mngandung lagi ni.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : OhBulan

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.