Shuib ditegur selepas muatnaik foto brsama Ayash Affan

Pelawak dan juga pelakon, Shuib Sepahtu, 37, memuat naik hantaran terbaru bersama anak bongsunya, Ayash Affan, akan tanggungjawabnya menjaga anak kecil itu yang tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu kandung.

Perkongsiannya sering mendapat perhatian warganet termasuklah kata-kata semangat daripada pengikutnya yang prihatin akan nasib Ayash.

“Jangan cakap kerana anak itu ibunya pergi, tapi cakap, dengan izin Allah, asbab anak itu ibunya kesyurga. Moga membesar dengan baik Ayash.”

Terdapat komen pengikutnya yang mendapat reaksi positif dari warganet yang lain. Rata-rata bersetuju dengan komen itu dan menerima ratusan tanda suka.

“Dia lah ibu, dia lah ayah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.”

“Mata tak cukup tidur. Semoga Allah permudahkan.”

“Stay strong abang syuib. Saya mendoakan yang terbaik untuk abang shuib sekeluarga.”

Seperti yang kita tahu, pada 14 September lalu, bayi pra matang itu dibenarkan pulang kerumah, Ayash memerlukan penjagaan rapi kerana bayi yang dilahirkan pra matang antibodinya sensitif dan lemah. Ayash ditempatkan dalam inkubator sehingga 25 Ogos lalu dan diberi penjagaan sehingga berusia 41 hari. Ayash dibenarkan pulang ke rumah selepas itu.

Shuib bersyukur dengan berita kepulangan Ayash dan disambut dengan penuh kesyukuran oleh ahli keluarganya kerana sehari selepas itu adalah tarikh hari lahir arwah Siti Sarah dan Shuib mengucapkan terima kasih kepada doa-doa seluruh rakyat Malaysia.

Arwah Siti Sarah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Rotikaya

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *