Siti Saleha Jelaskan Susulan Isu Tuntut Cerai Daripada Suami, Ahmad Lutfi

 

Pelakon Siti Saleha mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

Menurut bintang berusia 31 tahun ini, perkara itu dilakukan atas kebenaran mahkamah.

“Ya, saya failkan kes cerai atas kebenaran mahkamah,” katanya memetika Harian Metro ketika dihubungi menerusi WhatsApp, pada Rabu.

Bagaimanapun, dia yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, bagi sebutan kes perceraiannya pada Rabu tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Lebih lanjut saya tak nak komen,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira jam 10 pagi itu turut dihadiri Ahmad Lutfi.

Berita keretakan rumah tangga pasangan itu agak mengejutkan apabila Saleha sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial mahupun media.

Tidak mahu mengulas lanjut isu penceraiannya dengan bekas suami , Siti Saleha menjelaskan bahawa dia baik-baik saja buat masa sekarang di laman sosial Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)

 

Hasil tinjauan, kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar dia bersama suami adalah pada 24 Mac lalu, saat meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

Saleha dan Ahmad Lutfi melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : OhMyMedia

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *