“Dia masih muda dan ramai lagi bunga dekat luar sana”-Yonnyboii minta Imran Aqil move on

Hujung minggu lalu, penyanyi rap Yonnyboii selamat melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hati bernama Nik Nazira.

Namun, ada cerita tak sedap didengar apabila Yonnyboii dituduh sebagai perampas berikutan bekas kekasih Nik Nazira, Imran Aqil terkejut dengan berita pertunangan tersebut sedangkan mereka baru berpisah September lalu.

Tidak hanya berdiam diri, Yoony berkata hubungannya dengan tunangnya sebelum ini hanya sekadang kawan dan tidak timbul istilah merampas.

“Saya tak kenal dia secara peribadi dan tiada istilah saya merampas atau perampas pun. Selama ini pun saya memang berkawan saja dengan Nina.

“Apabila dapat persetujuan dan restu daripada keluarga, kami terus ambil keputusan untuk bertunang. Hubungan saya dengan tunang pun hanya ‘go with the flow’. Alhamdulillah, memang jodoh saya dengan dia,” katanya.

Dalam pada itu, Yonny turut meminta Imran untuk tidak memperbesarkan isu berkenaan apatah lagi mereka akan berkahwin pada 22 Januari depan.

“Cukuplah nak perbesarkan isu ini. Lagipun dia sendiri cakap yang soal jodoh itu sudah ditentukan Allah.

“Jadi kalau betul-betul dia terima, dia kena la move on dan doa yang baik-baik untuk kami. Lagipun dia masih muda dan ramai lagi bunga dekat luar sana.

“Ikutkan saya pun malas nak layan isu ini sebab apa yang penting sekarang ini, urusan nak berkahwin sahaja,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : RotiKaya

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *