[VIDEO] “Bini Ado Dah, Mana Boleh Nikoh…Astaghfirullahalazim”- Anak 5 tahun Marah Ayah Stalk Perempuan Lain

Mungkin ramai yang setuju bahawa ada sesetengah kanak-kanak zaman kini jauh lebih bijak dan matang, meskipun belum masuk sekolah lagi. Bukan setakat panjang akal, malah silap-silap lebih advanced daripada ibu bapa sendiri.

Menerusi TikTok, seorang ibu dikenali sebagai Sha Hasan berkongsi sebuah rakaman yang menunjukkan gelagat suami dan anak tunggal mereka. Tatkala duduk sambil ‘melayan’ telefon pintar, si cilik bernama Rayyan Mikail atau lebih mesra dipanggil dengan gelaran Yen , secara spontan menegur ayahnya supaya jangan tengok perempuan lain.

Dalam video itu, Yen terus menasihati  ayahnya tidak boleh kahwin lagi memandangkan sudah ada isteri yang menyayangi mereka 2 beranak. Justeru, kanak-kanak tersebut melarangnya daripada tengok perempuan lain menerusi telefon pintar bekenaan. Namun, babak paling mencuit hati apabila dia turut berpesan kepada bapanya agar terus istighfar atau pejamkan mata sekiranya ternampak juga.

@shahasan123

Reply to @miwa_2212 Sekalo acu keno, ni daddy pulok. Lapar nok bini napok teh 🤣 #fyp #fypage #cute #prank

♬ original sound – ShaHasan22

Bukan saja meraih lebih 600 ribu juta jumlah tontonan, rata-rata netizen malah terhibur dengan teguran spontan Rayyan. Selain memujinya cerdik ketika berbicara, mereka turut berseloroh bahawa gaya percakapannya tak ubah seperti orang dewasa.

 

“Bini Ado Dah, Mana Boleh Nikoh” – Anak Tegur Ayah Jangan Stalk Perempuan Lain

 

“Bini Ado Dah, Mana Boleh Nikoh” – Anak Tegur Ayah Jangan Stalk Perempuan Lain

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : TikTok shahasan123

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.