Zul Ariffin diserang hipertensi – “Apabila tersedar je dah dalam ambulance”

SELEPAS mengejutkan peminat dengan perkongsian foto terbaring di atas katil hospital, pelakon Zul Ariffin berharap masalah kesihatannya tidak terlalu merisaukan banyak pihak.

Ujar Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 35, dia kini berada dalam keadaan baik dan sudah kembali bekerja seperti biasa.

Mengimbau kembali insiden pada Ahad lalu, Zul berkata dia sendiri tidak menyedari apa yang berlaku.

“Saya pun tak ingat waktu tu, selepas tiga jam saya tak ingat apa-apa. Apabila tersedar je dah dalam ambulance.

“Selepas discharged, keesokan harinya saya dah pergi gym. Sekarang ni saya ok je, ada tenaga,” katanya .

zulll-620x379

Zul dimasukkan ke hospital pada Isnin.

Zul berkongsi perkembangan keadaan kesihatannya itu pada sidang media filem Penunggang Agama 2 yang diadakan secara maya pada Rabu.

Ahad lalu Zul dikejarkan ke hospital disebabkan tekanan darah tinggi dan menerima rawatan selama kira-kira empat jam.

Bagaimanapun tambah Zul keadaan pandemik yang melanda negara sejak dua tahun lalu bukanlah penyebab dia berdepan masalah berkenaan.

“Apabila saya tak pergi bekerja, ada banyak masa dengan diri sampai saya terlalu banyak berifikir.

245078296_3109107186035051_5923166090478761827_n

Penunggang Agama 2 akan ditayangkan pada19 Oktober di Astro First.

“Tapi pandemik adalah pandemik. Tak ada kesan pada diri dan sekarang saya kembali bekerja.

“Saya bukan jenis yang suka kongsi apa yang saya buat. Alhamdulillah saya masih hidup,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.