Rakan-Rakan Selebriti Beri Semangat Buat Niezam Zaidi tentang Isu Dad4h

Selepas tularnya berita mengenai Niezam Zaidi mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dad4h, pelakon berusia 29 tahun ini tampil memuatnaik sebuah hantaran terbaharu berkongsi akan perkembangan dirinya.

Niezam Mohon Maaf

Terlebih dahulu, Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam bin Mohd Zaidi memohon maaf  sekiranya membuat sebarang kesilapan . Malah dia turut memohon maaf tidak dapat membalas kiriman mesej daripada para media dan sahabat-sahabatnya.“Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua.

“Saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu komen sahabat , media dan rakan-rakan seperjuangan melalui DM, Whatsapp, call dan sebagainya” tulis Niezam

Menganggap perkara yang terjadi sebagai satu hikmah, Niezam meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa yang dititipkan buatnya. Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi filem Budak Pailang ini berkata dia  tidak boleh memberi sebarang komen lanjut mengenai isu penahanannya.

“Alhamdulillah,syukur pada Allah diatas apa yang terjadi & jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini, semoga Allah merahmati kalian

“Buat masa sekarang,saya simpan apa-apa komen mengenai isu ini.

“Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati, amin,” katanya lagi

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi)

Rakan Selebriti Mendoakan Nizam & Beri Kata Semangat 

Di ruangan komen rata-rata peminat termasuk rakan selebriti tampil memberikan kata-kata semangat. Antaranya seperti Norman Hakim, Zoey Rahman, Shima Anuar, Siti Fazurina, Syazwan Zulkifly,Remy Ishak, Ropie, Adam Shaz, Ungku Hariz serta ramai lagi.

 

 

Pada Ahad lalu, Niezam bersama pengarah yang juga anak kepada pelawak veteran Allahyarham Zami Ismail, Mohd. Latiff Zami, 49 dan pembantu pengarah Saiful Zaidrin Ismail, 47, telah ditahan atas tuduhan memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, Kuala Kangsar, Perak.

Pada Selasa,ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Shazmeer Zamhari.Jika disabitkan bersalah, Niezam berhadapan dengan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM20,000 mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Niezam, Latiff dan Saiful Zaidrin diikat jamin masing-masing berjumlah RM3,000, RM2,600 dan RM3,200 selepas meminta rayuan pengurangan dan kesemua mereka membayar wang jaminan berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Murai

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.