[VIDEO] Baru 2 Minggu Kahwin, Isteri Tabahkan Hati Hantar Suami Navy Ke Airport

Mempunyai hubungan jarak jauh sangat mencabar dan sukar buat pasangan suami isteri lebih-lebih lagi apabila mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga. Banyak pengorbanan yang perlu dirasai  orang zaman sekarang disebabkan tuntutan kerja di negeri berasingan.

Menerusi TikTok, seorang wanita bernama Izati juga sempat berkongsi dia dan pasangan telah selamat berkahwin pada bulan lepas setelah 7 tahun menjalinkan hubungan . Namun, apa yang lebih menarik adalah tarikh mereka berdua mula bercinta, bertunang dan bernikah semuanya adalah sama iaitu pada 24 September.

@nriztihsnAfter 7years ! I’m married 🥺♬ bunyi asal – Bride_Series By Fc

@nriztihsnTerima kasih 24sept ❤️♬ tetap di sini – azizrinaldi

Walaupun begitu, Izati terpaksa menerima untuk berjauhan semula dengan suami tercinta walaupun baru 2 minggu berkahwin. Dalam video Tiktok  tersebut, kelihatan mereka berjalan masuk ke airport sambil berpegang tangan dan bertatapan mata. Malah sebaik sahaja berada di depan pintu perlepasan, isteri berkenaan terus memeluk suaminya dan tidak dapat menahan sebak di dada lalu menitiskan air mata.

@nriztihsnBerat kaki nak langkah tp aku gagahkan jua next year kita jumpa ok 🥰♬ original sound – Nabila Maharani

@nriztihsnKongsi dengan negera mcm ni la baru 2minggu kawin dah nk pjj balik 🥺♬ suara asli – mood

Di ruangan komen, wargamaya turut bersedih melihat wanita berkenaan terpaksa berjauhan dengan suami. Selain itu, ada juga yang sempat memberikan kata-kata semangat buat isteri tersebut supaya tabah setiap kali menghadapi situasi sebegitu.

[VIDEO] Baru 2 Minggu Kahwin, Isteri Gagahkan Diri Hantar Suami Navy Ke Airport

[VIDEO] Baru 2 Minggu Kahwin, Isteri Gagahkan Diri Hantar Suami Navy Ke Airport

[VIDEO] Baru 2 Minggu Kahwin, Isteri Gagahkan Diri Hantar Suami Navy Ke Airport

[VIDEO] Baru 2 Minggu Kahwin, Isteri Gagahkan Diri Hantar Suami Navy Ke Airport

[VIDEO] Baru 2 Minggu Kahwin, Isteri Gagahkan Diri Hantar Suami Navy Ke Airport

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Tiktok

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.