
Khairul Amin Kamarulzaman, Instafamous Resepi, mengakui terharu dengan penerimaan orang ramai terhadap produk sulung ‘Sambal Nyet’ yang dikeluarkan sejak 10 bulan lalu masih lagi menjadi sambutan hangat sehingga sekarang.
Tular harini apabila 10ribu botol Sambal Nyet Khairul Aming dijual di Shopee habis dalam masa 3 minit sahaja. Walaupun pengeluaran Sambal Nyet telah mencapai had maksimum harian , itu pun masih tidak mampu menampung permintaan pembeli.
’10 bulan lalu semasa Sambal Nyet pertama kali dilancarkan,kita berjaya jual 10,000 botol sambal dalam masa 54 minit.Hari ni 10,000 botol sambal terjual dalam masa 3 minit. Terima kasih sgt guys sbb masih support sampai ke hari ni…”
Lihat siaran ini di Instagram
Walaupun setiap hari Sambal Nyet dijual, masih ada yang kecewa kerana tidak pernah dapat membeli sambal itu .
Fuhhh…betul-betul berhantu Sambal Khairul Aming ni yee…..