Wanita Malu Kepala Tersangkut Di Kaunter Pertanyaan, “Ni Mesti Bosan…”

Mungkin ada yang pernah melalui kejadian memalukan di tempat awam hanya disebabkan kesilapan dari diri sendiri. Sama macam situasi yang dilalui seorang wanita ini apabila dia mengalami masalah kepala tersangkut di kaunter pertanyaan sekaligus membuatkan ramai berdekah melihatnya.

Bukan sahaja terpaksa menahan kesakitan malah dia juga terpaksa menahan malu apabila kejadian itu turut diperhatikan oleh orang sekeliling. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

@bangsatt23 WKWKKWKW. #GoodDayGoodJam #fypシ #fypgani #xyzbca #fyp ♬ original sound – Ikram Afro – Kribo Tiktok

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu dilihat melalui kejadian memalukan itu dengan bahagian kepala tersangkut pada lubang di kaunter tersebut. Malah turut dapat dilihat, keseluruhan kepalanya berada di dalam lubang kaunter tersebut yang biasanya digunakan untuk berinteraksi dengan pekerja di situ.

Dalam masa yang sama, ramai yang turut membantu wanita itu mengeluarkan kepala yang tersangkut itu dengan berhati-hati. Lebih melucukan, wanita itu juga tidak dapat menahan ketawanya apabila situasi memalukan itu telah menarik perhatian ramai.

kaunter pertanyaan

Malah dia juga turut sama menahan malu semasa yang lain berusaha membantunya keluar daripada situ. Pada penghujung video, kepala wanita itu akhirnya berjaya dikeluarkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan yang serius.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dialami wanita ini. Malah ada yang tertanya-tanya macam mana sebenarnya wanita itu boleh memasukkan kepalanya di dalam lubang kaunter pertanyaan itu.

“Aku nak tahu apa yang dia fikir sebelum dia buat tu.”

kepala tersangkut“Ni mesti bosan tahap gaban ni.”

wanita“Menangis menahan malu.”

komen“Lahhh dengan kepala-kepala aku bergerak sekali.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : HCL

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.