“Papa takde masalah nak RM 1 juta ke 10juta tapi…” – Netizen Terhibur Mustapha Kamal ‘In Character’ Walaupun Secara Spontan

Macam yang kita tahu, pelakon Mustapha Kamal semakin viral di media sosial disebabkan dia menjiwai wataknya sebagai seorang CEO seperti dalam drama lakonannya.

Melalui video viral yang dikongsikan oleh @pojonahayat yang merupakan seorang netizen biasa, berjumpa dengan pelakon tersebut dan terus melontarkan dialog seolah-oleh dirinya adalah anak kepada Mustapha Kamal.

“Harini jumpa papa nak minta satu juta, sebab duit minggu lepas papa bagi satu juta tu, dah habis dah”

Dalam video itu, kelihatan Mustapha Kamal sedang duduk di hadapan lelaki itu dan terus menyambung dialog dengan menjiwai watak sebagai bapa yang kaya.

@pojanahayat Part 1 jumpa papa mintak 1 juta 😂 @mustaphakamaal ♬ original sound – Pojanahayat

“Papa takde masalah satu juta ke dua juta ke sepuluh juta ke, sebab untuk darah daging papa sendiri, tapi satu, satuuu je…”

Dialog seterusnya itu, Mustapha Kamal memaklumkan bahawa ‘anaknya’ itu perlu mengikuti katanya dengan mengahwini anak Dato Iskandar (nama salah satu watak dalam drama). Wah, rileks betul layan peminat tu eh. Macam real je watak tu.

Ramai juga yang meletakkan komen bahawa mereka terhibur dengan lakonan secara spontan oleh Mustapha Kamal kerana kelihatan sungguh bersahaja seolah-olah telah mempunyai skrip.

Komen Kamal Baur Komen Mustapha Baur

Pemilik TikTok itu juga ada berkongsikan lagi video lain yang mengandungi bahagian kedua dan ketiga bagi sketsa ‘anak dan bapa’ itu. Korang boleh tengok kat sini dan sini.

Memang power lah lakonan Mustapha Kamal ni. Patutlah selalu berlakon watak-watak papa kaya. Terlupa jap semua tu spontan je sebenarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : LobakMerah

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.