Teknologi Pengecaman Wajah Terunggul di Dunia Kini Di Malaysia

NtechLab, peneraju global dalam analitik video, hari ini mengumumkan kemasukannya ke Malaysia dengan FindFace Multi, alat pengesanan wajah, siluet dan kereta dengan tepat dalam penstriman secara langsung.

Algoritma NtechLab direka untuk membantu organisasi dan perniagaan membuat keputusan yang lebih baik. Teknologi ini memperkasakan pihak kerajaan dan perkhidmatan keselamatan untuk bertindak lebih pantas, telus dan mempersiapkan analisis khalayak yang lebih terperinci untuk syarikat-syarikat komersial. 

Dengan menggunakan carian wajah berdasarkan kriteria kecerdasan, sistem dapat mengenal pasti  dan mengesan ‘individu yang berkepentingan’ hanya dalam beberapa saat. Ini juga memiliki tahap ketepatan yang tinggi dalam mengesan wajah biarpun sebahagiannya tertutup dengan pelitup muka atau pakaian perubatan.

Pengecaman siluet membolehkan pengenalan individu mengikut warna pakaian dan aksesori. Pengecaman kenderaan mengenal pasti jenis rekabentuk, warna, syarikat pengeluar, dan model kereta. Ia berfungsi walaupun plat kenderaan atau bahagian kereta tidak kelihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, NtechLab, Andrei Telenkov, dalam kenyataan medianya memberitahu, Malaysia merupakan negara yang sangat penting untuk memperluaskan kehadiran Ntechlab dalam bidang analisis video.

“Malaysia adalah negara yang sangat penting bagi portfolio perniagaan kami dan akan memperluaskan kehadiran kami dalam bidang analisis video yang semakin meningkat. Kemasukan ke Malaysia menyokong keputusan perniagaan strategik NtechLab dan kempen strategi pertumbuhan global yang bertujuan untuk menawan pasaran baru di rantau Teluk, Amerika Latin dan Asia Tenggara ”, ujar Andrei.

“Pada bulan Ogos, sistem pengenalan wajah NtechLab telah diadopsi oleh kereta api India dalam langkah strategi utama untuk meningkatkan perancangan penting dan mengurangkan jenayah,” ujar Ketua Pegawai Komersial, NtechLab, Liana Meliksetyan.

“Sistem ini akan digunakan di bahagian paling sibuk rangkaian Keretapi India dan memastikan pengiktirafan serentak hingga 50 orang dalam satu kerangka. Kejayaan projek ini meletakkan India ke dalam senarai 30 negara yang sudah menggunakan teknologi kami,” tambah beliau lagi.

Ketua Jualan Asia Tenggara, NtechLab, Dmitry Tameev, pula berkata pihaknya kini mempunyai rakan kongsi di Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam dan masih mencari lebih banyak rakan kongsi di Malaysia untuk mempromosikan teknologi terkini ini.

“Kami kini mempunyai rakan kongsi di Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, dan kami mencari lebih banyak rakan kongsi di Malaysia untuk bersama-sama mempromosikan produk NtechLab, yang semuanya telah menunjukkan keberkesanan yang besar dalam keselamatan, peruncitan, perbankan, dan bidang lain, ” ujar beliau.

Algoritma pengenalan wajah NtechLab pada asalnya diintegrasikan ke dalam sistem analisis video di bandaraya Moscow. Fungsi penyelesaiannya membolehkan pengecaman wajah ketepatan tinggi dalam penstriman secara langsung, membandingkan keputusannya dengan pangkalan data individu yang dikehendaki.

Sekiranya terdapat padanan, sistem akan segera menghantar makluman kepada pihak berkuasa. Keseluruhan proses daripada penampilan sebenar seseorang di depan kamera hinggalah ke penerimaan isyarat mengambil masa kurang dari satu saat, yang membolehlah pihak berwajib bertindak dengansegera.

Kaedah pengecaman ini juga boleh digunakan untuk mencari orang hilang. Pada tahun 2020, Ministry of Internal Affairs of Russia mendedahkan lebih daripada 5000 kes jenayah dapat diselesaikan di Moscow dengan menggunakan teknologi terkini ini.  

Untuk maklumat lebih lanjut sila lawati ntechlab.com 

Gambar: NtechLab

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : https://www.getaran.my/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.