“Pakat Dok Panaih Aku Tak V4ksin”-Rita Rudaini Pelik & Geram Dengan Sikap Netizen Yang Div4ksin

Pelakon jelita, Rita Rudaini mempersoalkan sikap netizen yang ‘panas’ dengan dirinya yang tidak mahu divaksin.

Pelik Dengan Sikap Netizen Selepas Vaksin

Menerusi Insta Stories, Rita menyatakan bahawa beliau hanya berada di rumah dan meluahkan rasa pelik terhadap sikap netizen selepas mereka menerima vaksin.

“Aku kat umah jaa…semua kan di hujung jari sekarang ni..shop online ja. Pakat dok panaih aku tak vaksin. Aku pun tak faham depa ni sebenaqnya panaih pasal apa. Aku post benda kat IG takdak kena mengena dengan hidup tok nenek hampa pun hampa hangat.

“Heran..pelik sungguh perangai segelintir orang selepas vaksin ni. jadi pendengki, 24 jam hari-hari mengeji mengutuk orang tak vaksin, hati busuk, mengata mengumpat makanan hari-hari, sakit hati tengok life orang..Awat dok jadi lagu tu..”- soal Rita

Tambahnya lagi, beliau dianggap ‘meroyan’ oleh sesetengah netizen apabila membuat hantaran di media sosial.

“Bila kita cakap apa-apa, up apa-apa kata kita meroyan. Yang hangpa hari-hari dok mengeji orang tak vaksin dok panggil orang antivacc kat fb/ig tu bukan meroyan? Ooo tu zikir kan?- ujar Rita

Luah Rasa ‘Syukur’ Dikeji Netizen Setiap Hari

Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum ini turut meluahkan rasa ‘syukur’ kerana menerima kejian daripada netizen setiap hari.

“Pakat ketaq bi*i ketaq pe**aq dengan aku yang tak vacc ni pasai apa? Hari-hari depa nie dok ‘zikir’ pasal aku… Dengaq cerita dari orang production kat set pun hari-hari dok ‘zikir pasal aku.

“Hebatnya insan yang bernama RITA RUDAINI ni..Setiap hari orang keji dia.. Syukur alhamdulillah…’zikir’ lagi dan lagi dan lagi dan lagi please.”- kongsi Rita

Tambahnya lagi, netizen masih ‘panas’ dengannya meskipun setiap hari beliau berada di dalam rumah.“Aku hari-hari dok rumah dok minum kopi ja pon,.Pakat ketaq la bi**k2, pe**aq semua dengan  aku ni”- katanya

Sebelum ini, Rita pernah mendedahkan bahawa nama beliau digugurkan daripada sebuah tawaran biarpun sudah lama dimuktamadkan gara-gara prosedur Operasi Standard (SOP) MKN. Beliau turut menyifatkan Malaysia seolah-olah sebagai sebuah negara diskriminasi yang dalam kesusahan sehingga terpaksa naikkan ‘bendera putih’.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : https://murai.my/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *