Anak buj4ng Norman Hakim dah mulai sembang tentang pas4ngan hidup

Bonding antara bapa dan anak lelaki memang jarang terjadi walaupun mereka duduk serumah. Namun begitu, jika hubungan akrab tersebut terus disemai, pasti banyak perkara berkenaan heart to heart akan dikongsi.

Perkara tersebut samalah seperti layanan Norman Hakim kepada anak bujangnya, Danish Hakim yang sudah menginjak dewasa.

Menerusi perkongsian pelakon bertubuh sasa itu di Instagram, Norman telah memaklumkan yang anak bujangnya sudah mulai bertanya perihal pas4ngan hidup.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)

;

Dalam perbualan tersebut, Danish bertanya kepada bapanya sama ada usia sepertinya sudah layak ataupun tidak untuk mempunyai pasangan.

Diskusi berkenaan menjadi serius dan Norman sempat menitipkan pesanan supaya Danish fokus dengan apa yang dikejarnya kerana pasti akan ada insan tepat yang hadir sewaktu perjalanan tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan tidak sabar melihat Norman Hakim menjadi datuk memandangkan anak bujangnya sudah mempunyai hasrat untuk berumah tangga.

Walau bagaimanapun, ramai juga merasakan yang Danish perlu mengejar dahulu cita-cita agar kehidupan di kemudian hari lebih terjamin.

 

Sumber: Instagram normanhakim_786

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : OhMyMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published.