Kantoi Tengah Selfie, Gadis Pura-Pura Video Call Dalam Kereta

Setiap kali sedang menunggu di dalam kereta, tak sah lah kalau tidak mengambil selfie terlebih dahulu terutamanya kaum wanita. Sama macam situasi yang dialami gadis ini yang baru sahaja ingin mengambil selfie di dalam kereta namun lain pula yang berlaku pada akhirnya.

Bukan sahaja tidak berjaya mengambil selfie malah gadis ini terpaksa berpura-pura sedang melakukan panggilan video gara-gara dirinya yang sedang diperhatikan. Malah rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagatnya ini di mana ramai pula yang pernah melalui situasi yang sama.

@eyqarash

Tolong lah jgn tengok time org selfie dalam kereta.. Malu lahhh ##malu ##fypage ##fypシ

♬ original sound – dok ahuu

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu memberitahu dia baru sahaja ingin berangan seorang diri sambil mengambil selfie. Malah dia juga sempat merakamkan gelagatnya seorang diri itu sebelum sedar ianya turut diperhatikan oleh orang lain di hadapannya.

Sebaik sahaja sedar mengenainya, gadis itu kemudian berpura-pura sedang melakukan panggilan video dengan seseorang. Sehinggakan dia berlakon kononnya sedang bercakap dengan pemanggil tersebut walaupun sebenarnya tiada sesiapa yang menghubunginya.

gadis selfie

Selepas beberapa kali berpura-pura bercakap, gadis itu kemudian berpura-pura mengakhiri panggilan video itu. Melihatkan gelagatnya ini, ramai pula yang mengaku pernah melakukan perkara yang sama sekiranya diperhatikan oleh orang lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat cubaan gadis ini berlakon seorang diri. Malah ada yang memberitahu turut melakukan perkara yang sama semasa cuba mengambil selfie di dalam kereta.

“Jangan lah expose kita macam ni.”

selfie

“Memang aku la ni…”

gadis

“Perangai akak sebijik macam saya kalau kantoi berangan dalam kereta…”

komen

“Weh aku banyak kali buat macam ni…”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : Himpunan Cerita Lawak

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *