“Siap Tunjuk Passport Malaysia” -Pelakon Marvel Dapat Pujian Sultan Johor Kerana Tidak Lupa Asal Usul

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa bangga atas kejayaan dua anak kelahiran Johor yang menempa nama di luar negara.

Kedua-dua mereka itu merupakan pelawak dan pelakon Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings iaitu Ronny Chieng dan penyanyi yang juga penulis lirik lagu, Gin Lee.

“Ronny Chieng yang sebelum ini membintangi filem Crazy Rich Asians bersama pelakon popular Malaysia, Henry Goulding kini muncul di dalam filem keluaran Marvel, Shang Chi and The Legend of The Ten Rings yang akan ditayangkan di Malaysia pada Oktober tahun ini.

“Beliau bermula sebagai pelawak terkenal sejak zaman universiti, di mana Chieng tampil bersama Trevor Noah pada tahun 2013,” titahnya.

Menurut Sultan Ibrahim, Chieng tidak melupakan asal usulnya apabila beliau menunjukkan pasport Malaysia.

“Beliau juga fasih bertutur dalam bahasa Melayu dengan mengatakan ‘Johor Bahru kampung saya, saya anak Malaysia’ dalam sebuah video promo filem Shang Chi sempena Hari Malaysia.

“Beliau turut menggunakan perkataan ‘lah’ dan ‘meh’ dalam pertuturan harian dan menunjukkan cara membuat pesanan di kopitiam seperti rakyat Malaysia,” titah Baginda.

Sementara itu, Sultan Ibrahim turut bertitah mengenai kejayaan Gin Lee yang mengeluarkan album sulung berjudul ONE & ONLY pada 29 Disember 2009 selepas menjuarai pertandingan menulis lagu “Malaysia’s Universal Music” pada usia 18 tahun.

“Penyanyi berusia 34 tahun baru-baru ini telah berganding di atas satu pentas bersama penyanyi popular Hong Kong, Jacky Cheung di acara Miss Hong Kong 2021.

“Mereka membawakan lagu duet Let the Street Lights Rest When the Sun Rises.

“Tahniah di atas pencapaian luar biasa mereka di peringkat antarabangsa. Terima kasih kerana mengharumkan nama Johor. Saya percaya Johor mempunyai banyak bakat terpendam yang masih belum dicungkil.

“Jadikan kejayaan mereka sebagai contoh dan inspirasi kepada rakyat Johor. Saya berharap mereka terus kekal meletakkan nama Johor di mata dunia,” titah Sultan Ibrahim.

Sementara itu, menerusi ruang komen, rata-ratanya meluahkan rasa syukur mereka apabila Sultan Ibrahim menghargai kejayaan anak-anak Johor tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.

“Daulat Tuanku, terima kasih hargai anak-anak Johor”.

“Tahniah semua anak Johor atas kejayaan mereka”.

“Syukur, bangganya ramai anak Johor kini menempa nama di luar negara,” tulis beberapa netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: Gempak

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.