Ramai dapat mesej Hattan nak pinjam duit…” -Ini Penjelasan Dari Datuk Hattan Sendiri

BENGANG dan sakit hati… itu yang dirasakan Datuk Hattan apabila namanya digunakan individu tidak bertanggungjawab bagi memperdaya orang ramai.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 57, menyedari identitinya digunakan sindiket penipuan dengan tujuan meminjam wang daripada kenalan di aplikasi WhatsApp.

“Saya dapat tahu perkara ini selepas salah seorang kawan bertanya sama ada betul atau tidak saya mahu meninjam wang daripadanya… saya kata tidak ada. Dia cakap mesej yang dia terima itu menggunakan gambar saya.

“Dari semalam saya sakit hati tak sangka jadi mangsa seperti ini,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Hattan menerusi Instagram mendedahkan dia menjadi mangsa sindiket penipuan setelah indentitinya digunakan penyamar untuk meminta wang daripada kenalan rapatnya.

Hattan berkata, dia sudah membuat laporan polis selepas mendapati aplikasi komunikasi WhatsApp sudah diceroboh pihak berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

“Saya baru balik dari balai buat laporan polis kerana telefon saya kena hack. Mereka guna nama dan gambar saya.

“Habis semua kawan-kawan saya terima mesej dari satu nombor telefon yang menggunakan muka saya mahu pinjam duit. Tapi saya dah maklumkan kepada semua tentang scam ini,” katanya.

Dari semalam saya sakit hati tak sangka jadi mangsa seperti ini.

DATUK HATTAN

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi Gadis Jolobu ini turut menyarankan orang ramai supaya menyemak lebih teliti apabila menerima mesej untuk meminjam wang biarpun daripada individu dikenali.

“Kadang-kadang dalam keadaan yang sibuk kita tidak fokus… jadi apabila ada orang mesej macam itu kita akan terus beri bantuan.

“Saya juga disarankan oleh pihak polis untuk memuat turun aplikasi Semak Mule di telefon supaya bila ada nombor yang tidak dikenali, kita boleh semak siapa yang menghubungi kita,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : mStar

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.