Seperti Yang Di Janjikan, Caprice Memang Betul-Betul Bertemu Sharnaaz. Ini Reaksi Netizen

Terdahulu CERITA panas perbalahan antara Sharnaaz Ahmad dan penyanyi rap Caprice nampaknya cepat sejuk apabila pelakon itu segera tampil menyelesaikan salah faham antara mereka.

Enggan memanjangkan isu lagi, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengakui gurauannya terhadap Caprice adalah keterlaluan.

Mahu menyelesaikan masalah antara mereka secara peribadi, Sharnaaz turut memohon maaf secara terbuka kepada Caprice.

“Sejak pagi, semua netizen tahu yang aku ada isu dengan Caprice. Insya-Allah aku dan Caprice akan selesaikan secara elok di belakang.

“Aku rasa, secara peribadi apa gurauan dari Jordan sampai sekarang… mungkin agak keterlaluan. Aku sebagai orang yang lebih matang, aku mohon maaf.

“Selain daripada itu, terpulang kepada pihak dia. Biar urusan ini aku selesaikan dengan dia,” kata Sharnaaz.

Dalam perkongsian terkini, Caprice ada memuat naik rakaman dia sedang berbual dengan Sharnaaz di temani dua individu lain di sebuah kedai makan

Rata-rata netizan menyambut baik hubungan dan kematangan yang di tunjukkan kedua-dua belah pihak

Terdahulu Sengketa antara aktivis kemanusiaan, Caprice dengan pelakon Sharnaaz Ahmad memasuki episod baharu apabila kedua-dua figura itu saling membalas hantaran media sosial.

Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, menerusi Instagram mengajuk Sharnaaz dengan gelaran sotong, satu karakter yang pernah dijayakannya menerusi sebuah drama rantaian suatu ketika dahulu, Suamiku Encik Sotong.

Tamat kuarantin, Caprice mula ‘isytihar’ per@ng

Dalam perkembangan lain, Selepas menjalani kuarantin selama 14 hari, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan sensasi, Caprice akhirnya menanggalkan gelang tangan atau tag kuarantin hari ini.

Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, berkongsi perkara tersebut menerusi satu entri berbentuk video dalam InstaStory sebentar tadi.

Kuaratin tamat satu hal, namun satu satu perkara lagi yang menariknya apabila beberapa jam sebelum ‘dibebaskan’, lelaki berusia 33 tahun itu turut mengisytiharkan perang terhadap beberapa golongan yang telah mencemar kesucian agama dan bangsa, termasuk ped0-fil1a.

“Tomorrow (hari ini) saya bebas. Hari ini adalah permulaan perang saya melawan

“Saya tidak akan pernah berhenti selagi orang itu tidak meringkuk dalam penjra. Ingat itu,” katanya.

Pelantun lagu Lenglui itu turut menasihatkan agar masyarakat supaya tidak menjadikan ugutan bunuh sebagai jenaka atau sekadar permainan atau kandungan media sosial.

“Mungkin untuk sesetengah orang, ugutan bvn vh, cabar jangan masuk Penang (Pulau Pinang) atau Pahang atau mana-manalah yang mereka nak ‘claim’ atau nak tunggu kita depan pagar KLIA, atau nak tunggu depan pejabat, satu perkara yang lawak.

“Tak lawak. Semua itu dibuat orang mereka yang memiliki akaun (media sosial) yang betul. Pejabat saya public (terbuka), kereta saya terbuka. Mungkin kalau kalian atau ahli keluarga dapat ugutan bunuh, mesti akan marah juga,” coretnya.

TANGKAP layar InstaStory Caprice.

Tidak menyebut mana-mana nama secara spesifik, Caprice berkata, sejak difitnah sehingga namanya menjadi bualan satu Malaysia, hampir setiap hari dia menerima ugutan bunuh.

“Sejak orang itu fitnah sampai satu Malaysia kecoh, hari-hari saya terima macam-macam ugutan bunuh.

“Kalian tunggu. Saya seorang yang penyabar dan takkan berhenti. Apabila kebenaran dirungkai, saya berharap kalian semua si dungu siap-siap betulkan tetapan Google Maps atau Waze untuk cari saya di padang mahsyar nanti.

“Dekat dunia, yang berani ugut, kita ada undang-undang. Jumpa saya depan-depan dahulu baru selesai,” ujarnya.

Terdahulu, Caprice mendedahkan menerima 60 ugutan bunuh selepas dakwahnya di Gaza, Palestin disalaherti oleh sesetengah pihak.

Dua bulan menghabiskan masa di Jordan dan Mesir termasuk gagal memasuki Palestin, nama Caprice menjadi perbualan satu Malaysia apabila dia didakwa ‘tidak sebulu’ dengan pendakwah bebas, Ebit Lew berkaitan isu bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber : https://www.klmetro.pw/

 

PERHATIAN: Pihak Astro Baru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Astro Baru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Copy Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report Copyright,Jangan Menyesal Jika IA Anda Lost Access.

Leave a Reply

Your email address will not be published.